Gadis cantik alami masalah kulit teruk selepas berhenti pakai produk skincare tempatan.
Ramai yang tinggalkan selepas kulit muka berubah.
Saya termenung panjang.
"Farah, look, cantik kan? "Dia bersuara.
Dia tunjukkan saya seorang gadis, muslimah, model iklan tudung, cantik memang cantik, saya yang perempuan pun turut kagum sama.
Seorang gadis lengkap berhijab memakai shawl labuh berwarna hijau.
"Kalau kulit aku flawless macam ni, boleh lah jadi model tudung kan farah. Haha"
Diikuti oleh gelak ketawanya.
"Kau pun cantik bagi aku." I smiled to her.
"Kau saja lah farah. Ha'ah orang cantik je lah macam tu.." Tiba-tiba kedengaran suaranya perlahan.
'Orang cantik je lah macam tu.'
Entah kenapa kenyataan rambang dia buat saya termangu, diam.
Teringat dulu pernah berjumpa dengan seorang MA yang menghidapi neurofibromatosis.
Pakcik inilah yang akan mengambil mayat-mayat pesakit yang meninggal di wad.
Kehidupannya adalah bersama dengan mayat. Mungkin jika bukan kerana saya masih punya rasa pasti saya sudah takutkan pakcik MA tersebut kerana rupa parasnya.
Allah menguji setiap hamba-Nya dan saya pasti pekerjaannya sehari-hari di jabatan forensik telah mengubati hatinya, telah mengubah persepsinya mengenai apa yang dinilaikan manusia sebagai 'kecantikan'.
" Tapi kecantikan tu subjektif. Susah nak tafsir, Bergantung kepada orang yang melihat tu, kan beauty is in the eye of the beholder."
Saya katakan padanya sambil menghirup kopi panas.
"Kecantikan dinilai dari mata yang melihat.." Katanya.
Saya angguk dan senyum.
" Bagi aku, cantik itu apa yang buat kita tenang. Apa yang ada pada hati. "
" What do you mean farah?" Sambil dia angkat kening.
"Beauty, if followed by what society says, can never get us anywhere, perhaps that spot on the cover of magazines, or the latest tudung, the latest malay movies etc but the real beauty, is always what is defined in our Deen. Beauty is what's in the heart."
Senyum.
*******
Cantik is very subjective.Sometimes it doesn't mean that someone is overall cantik, her heart and her personality is so cantik that it sparkles outside too.
And that is something that all of us should aim for, kan?
اللَّـهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي
“Allahumma kama hassanta khalqi, fa hassin khuluqi.”
"Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku, maka cantikkanlah juga akhlakku."
Hidup bukannya lama, kecantikan yang ada hari ini belum tentu kekal sampai bila-bila, tapi hati yang cantik pasti akan diingati walaupun dah tak ada di dunia ini lagi.
Everyone is struggling hard.
So let Him decides the rest.
We just do our part. Kan?
Insya Allah. Have faith :)
@medandakwah

ANDA SEDANG MEMBACA
Usrah Legend
LosoweJika kita tunggu nak jadi alim baru nak sampaikan dakwah, sampai bila² lah akan ramai orang yang tersasar jauh dari ajaran islam. kita semua adalah pendakwah. tidak kira sama ada amalan kita baik atau tidak. itu urusan Allah! tak penting siapa kita...