بسم الله الرحمن الرحيم
BERSYUKUR, BERSUNGGUH², BERISTIGHFAR 100x SEHARI.
Banyak masa kita yang terluang kita isi dengan berborak-borak dengan kawan dalam hal yang takda manfaat, gelak ketawa. Bukan tak boleh, tapi yang jadi kurang cantik apabila ruang masa kita dipenuhi dengan hal DUNIA🌍. Sedangkan sepatutnya kita dilahirkan untuk beribadah menghambakan diri kepada Allah.
Malah di zaman media sosial ini, hasil ciptaan kuffar menjadikan umat islam TERUS LEKA dgn facebook, whatsapp, telegram. 😣
Facebook, kita lalaikan dengan cela mencela, tengok video² clip.
Whatsapp, kita lalaikan dgn berbalah dlm group, urusan kerja, walau di rumah?
Cuba tanya diri 👉kita, dimana masa utk urusan kita kpd Allah?
Semasa solat sahaja❓ Setiap kali solat 5-10min contohnya. Itupun kalau kita berzikir selepas solat ikut sunnah. Kali 5, lebih kurang 50min sahaja dlm 1440min.
Jom kita isi masa kita dengan ni👇
Baca 100x pagi/petang.
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ
Astaghfirullaaha wa atuubu ilaih.
"Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya."
(HR. Al-Bukhari dengan Fathul Bari 11/101 dan Muslim 4/2075.)
Selengkapnya:
Dari Aghor bin Yasar Al Muzanni radliallahu 'anhu, bahwa beliau mendengar Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Wahai para manusia, bertaubatlah kepada Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepadaNya 100x dalam sehari."
Dzahir hadis menunjukkan bahwa Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam meminta keampunan dan bertaubat.
Bukankah Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam orang yang makum (terhindar dari dosa), lalu mengapa beliau perlu bertaubat?
Ada beberapa jawapan untuk ini:
✅Ibn Batthal mengatakan: Para nabi adalah orang yang PALING BERSUNGGUH-SUNGGUH dalam beribadah, kerana tingkatan makrifat (mengenal Allah) yang Allah berikan kepada mereka.
✅Maka mereka adalah orang yang selalu istiqamah BERSYUKUR kepadaNya, ISTIQAMAH dalam mengakui segala kekurangannya, baik kekurangan ketika melaksanakan ibadah maupun kekurangan dalam keseharian dengan melakukan hal-hal yang mubah, sehingga tidak sempat berdzikir kepada Allah.
✅Tujuan beliau sallallahu 'alaihi wa sallam banyak bertaubat adalah untuk mengajar umatnya. Yang dimaksud "Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam maksum" adalah terhindar dari dosa-dosa besar atau maksum dari bentuk berkhianat dalam penyampaian syariat. Namun beliau tidak maksum dari dosa kecil dan kesalahan kecil. Sehingga beliau PERLU untuk istighfar.
👉Kita kata kita ingin menjadi insan yang bersyukur kepada Allah, tetapi jarang sekali kita beristighfar kepada Allah sedangkan Nabi sallallahu alaihi wasallam beristighfar 100kali sehari. 😞
Kita amalkan sama sama ye selagi mampu?💕
Astaghfirullah wa atuubu ilaih
Wallahua'lam 🌼
ANDA SEDANG MEMBACA
Usrah Legend
РазноеJika kita tunggu nak jadi alim baru nak sampaikan dakwah, sampai bila² lah akan ramai orang yang tersasar jauh dari ajaran islam. kita semua adalah pendakwah. tidak kira sama ada amalan kita baik atau tidak. itu urusan Allah! tak penting siapa kita...
