NH Channel:
" Kak saya takut berdosa kalau putuskan boyfriend saya. Macam mana ye? "Mesej saya dapat tadi subuh.
Saya kata aik kenapa pula berdosa ?
Boyfriend beliau konon ugut dengan satu hadith yang mana bila sesama muslim itu bergaduh dan tak bertegur sapa melebihi 3 hari akan masuk api neraka.
Hahahaha.
Saya kata kat adik tu,
" Suruh lah lelaki itu belajar lagi. At least khatam kitab muhimmah. Dan jangan tafsir hadith sesuka hati kalau bukan ahli. "
Saya nasihat kat adik tu, tak berdosa pun. Bahkan kita dapat pahala sebab kita 'berniat' untuk jauhi jalan yang membuka ruang ke arah maksiat dan zina.
Pertamanya saya ingat lelaki itu masih dalam usia angka 17,18,19,20. .
Biasalah kalau lelaki tak matang dia akan hentam ja ambik mana-mana 'point' untuk 'meyakinkan' pasangannya. Tapi bila tanya rupanya 25 tahun.
Ya Allah. Tercegat saya pandang mesej.
25 tahun ?
Ini nasihat umum saya pada semua bakal suami.
1. Anda sebagai lelaki, yakni bakal ketua keluarga kenalah 'sedar diri' anda akan bimbing anak bini setelah kahwin nanti. Persiapkan diri dengan ilmu. Ilmu itu pula banyak. Kalau ilmu malam pertama je nak belajar yang tu paroh.
2. Tolong 'periksa' anda di tahap yang mana. Hukum nikah itu ada lima. Wajib, Sunnah, Harus, Makruh dan Haram. Nak saya explain ? Belajarlah bang, asyik aku je explain. Jadi tolong muhasabah banyak-banyak dan nilai diri sendiri anda di tahap mana.
3. Guru kami kata, lelaki ni ada dua jenis.
- Dia kena kahwin dulu baru boleh menuntut ilmu. Sebab dah paroh gila.
- Dia kena belajar dulu baru dia nak kahwin. Yang ni tahap paroh boleh kawal.Maka sebaiknya pilih yang kedua sebab 'ilmu' itu akan selamatkan anak bini korang daripada budaya jahiliah nanti dan anda bakal selamat apabila disoal di akhirat oleh Allah SWT. Tak tahan sangat ye ? Sebab tu Islam menyusun dengan sungguh indah iaitu 'menggalakkan' untuk berpuasa. Puasa itu pula kena faham konsepnya bukan sekadar tahan lapar. Huhu.
4. Malulah 'menghampiri' anak dara orang kalau kalian hanya 'bakal' merosakkan diri mereka. Bakal rosakkan agama mereka, imej dan maruah mereka serta nama baik mak ayah mereka. Jadi tolong tolong tolong, saya mewakili semua kaum wanita yang 'belum berkahwin', letakkan Allah dan Rasul di atas sebelum nak buat bukan-bukan.
5. Jangan ingat sedap je kat dunia ni. Masuk syurga lagi sedap. Dengan keindahan bidadari syurga yang wangi, istana syurga yang dipenuhi buah-buahan dan aliran sungai yang mengalir damai, pertuturan ahli syurga pula sentiasa menenangkan tak ada mencarut atau makian dan banyak lagi keindahan syurga. Takkan ada mana-mana keseronokan, kegembiraaan, kebahagiaan, di dunia ini yang dapat menandingi 'kenikmatan' dalam syurga. Jadi sabarlah.
6. Kalau rasa ada 'niat' nak berzina. Atau kalau rasa tengah 'plan' untuk berzina. Ingatlah kisah tentang seorang pemuda yang namanya Al-Miski. Pemuda yang menjual kain lepastu pernah dipanggil masuk ke dalam rumah oleh seorang wanita kaya dan cantik dengan tujuan nak membeli kain tersebut tapi sebenarnya nak ajak berzina. Pemuda itu buat apa? dia kata nak pergi bilik mandi dan bersihkan diri supaya bila bersama nanti akan wangi. Tapi sebenarnya dia berak dan najis-najis itu diletakkan di seluruh badannya. Bila beliau keluar, perempuan cantik itu teriak kata ada orang gila dan menghalau lelaki itu.
Kerana apa brother ? Kerana satu saja.
Dia takutkan Allah. Takut azab Allah. Takut murka Allah. Takut api Allah. Maka bila beliau mati, tubuhnya itu sungguh wangi umpama wangian seharum kasturi. Ini kisah benar, kuburnya d tanah Syam. Nak pergi, pergi lah.Sama-sama lah istigfar.
Tak kira anda sudah berkahwin, atau sedang bertunang atau bujang-bujangan. Sama-sama istigfar. Sesungguhnya kita ini kotor. Ulang, kotor. Wallahualam.
https://telegram.me/kakHassanah
YOU ARE READING
Usrah Legend
RandomJika kita tunggu nak jadi alim baru nak sampaikan dakwah, sampai bila² lah akan ramai orang yang tersasar jauh dari ajaran islam. kita semua adalah pendakwah. tidak kira sama ada amalan kita baik atau tidak. itu urusan Allah! tak penting siapa kita...