Assalamualaikum wbt
Perdebatan mengenai lelaki dan perempuan sudah lama wujud sejak zaman Rasulullah sendiri.
Malah ketika zaman itu, perdebatan yang berlaku ialah pendidikan yang perlu dituntut oleh kaum wanita itu. Namun siapa sangka pendekata itu berterusan sehingga kini malah sehingga kelayakan untuk wanita itu memandu kenderaan.
Sehubung dengan itu kerana kebatasan wanita itu sendiri untuk menuntut ketika uzur.
Akan tetapi sudahpun diberi hadis bahawa, "Menuntut ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Malah telahpun Aishah berkata, "Sebaik-baik wanita ualah wanita Ansar. Rasa malu tidak menghalang mereka mendalami agama."
Atas asbab itulah Islam menggalakkan wanita berpendidikan tinggi dan bukannya duduk di rumah sahaja.
Atas sebab kekurangan wanita itu untuk menuntut ilmu ketika uzur bukan bermakna lelaki lebih hebat akan tetapi telahpun Allah menjanjikan jikalau seseorang wanita itu mampu bersabar dan bertawakal ketika haid atau nifas maka ada pahalanya disitu.
So kalau wanita itu sendiri nak belajar sampai menara gading tiada masalah. Jikalau wanita itu nak belajar memandu kenderaan pun tiada masalah.
Oleh itu adakah Islam menindas wanita?
La (tidak)
Lihat kembali sejarah. Siapa yang menaikkan kembali darjat wanita?
Rujuk surah Al-Nahl ayat 58-59
Maksudnya,
"Dan apabila diberitakan seseorang daripada mereka dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padam) wajahnya dan dia amat marah. Dia menyembunyikan dirinya daripada orang ramai kerana buruknya berita itu. Adakah dia akan memelihara dengan menanggung kehinaan atau menanamnya (hidup-hidup) ke dalam tanah."
Adakah ini ajaran Islam? NO!!
Malah Islam menyebutkan anak, sama ada lelaki atau perempuan lahir dalam keadaan fitrah yang tiada beza darjatnya.
Cumanya jika difikirkan semula, berhubung mengenai masalah itu... zaman ini sendiri boleh lihat dengan banyak kes yang berkaitan dengan masalah sosial manusia sendiri. Dahulunya mereka merasakan bahawa wanita membawa bala tetapi hanyalah kemaluan maruah yang tercalar.
Bukan bermaksud wanita sahaja dipersalahkan tetapi lelaki juga.
Moga dijauhkan.
Keunikan wanita ini ada banyak.
Dalam tubuh wanita terdapat anggota yang begitu mulia yang diberi nama rahim.
Nama rahim diambil daripada nama Tuhan yang bermaksud Maha Penyayang. Lelaki tiada tau.
Wanita kurang disebut dalam agama dari sudut iman dan taqwanya. Mereka hanya kurang bersolat pada masa haidnya dan nifas namun tetap ada pahalanya bilaman waktu uzur itu mereka menggantinya.
Take note ye para wanita, masa uzur kalian, segala ibadat perlu diganti.
Jangan pandang remeh akan cuti kalian.
Tetapi kehebatan wanita kini terserlah.
Jika dilihat dunia perniagaan majoriti ramai wanita yang berjaya.
Mereka berjaya sebab apa? Sebab ilmu yang mereka tuntut.
Cuba ingat sejarah kembali, kemahiran menjahit asalnya dimiliki oleh lelaki iaitu seorang Nabi. Dan berterusan diikuti oleh isterinya.
Seterusnya dunia penulisan. Masih juga kemahiran asalnya dimiliki oleh lelaki dan diajar kepada wanita.
Selain itu, kemahiran berkuda atau berkenderaan, kemahiran dimiliki oleh lelaki dan diturunkan kepada wanita sebagai kemudahan mereka untuk mereka bergerak.
Apa lagi?
Senaraikan sendiri.
Jika difikirkan semula rasanya sudah giliran kita pula yang lelaki belajar sesuatu daripada wanita.
Contoh paling besar, kemas rumah.
Hahaha....
Baiklah itu sahaja usrah saya malam ni.
Ada soalan boleh ditujukan.
Salah silap datang daripada saya sendiri yang baik datangnya daripada Allah SWT
Wallahualam 🌼
ANDA SEDANG MEMBACA
Usrah Legend
De TodoJika kita tunggu nak jadi alim baru nak sampaikan dakwah, sampai bila² lah akan ramai orang yang tersasar jauh dari ajaran islam. kita semua adalah pendakwah. tidak kira sama ada amalan kita baik atau tidak. itu urusan Allah! tak penting siapa kita...
