IBU 💕

79 7 1
                                    

Assalamualaikum wbt 😊

Bismillahirrahmanirrahim...
Ibu, orang yang paling dekaaat dengan kita. Sebab apa?

Sebab dia yang jaga kita. Bagi makan minum kita.
Sanggup bertarung nyawa demi melahirkan kita.
Sanggup layan kerenah kita dari kecik sampai sekarang.

Tapi hari ini, beribu kes tercatat.😔

'Anak kelar ibu.'
'Anak rogol ibu'
'Anak bunuh ibu'

Seolah jasad itu langsung tak berharga.
Seolah nyawa si ibu itu langsung tak ada nilainya.

Belum masuk lagi kes tinggi suara dengan ibu, abaikan ibu.

Allah..😭

Kita nak itu ini, mak kita layankan. Walaupun dia tak ada banyak duit.

Kita hanya tahu meminta.
Tapi tak pernah nak ambil tahu susah payah mereka seperti apa.
Kita tak kisah kalau duit mak ayah nak habis. Janji duit kita tersimpan rapi, tak keluar satu sen.

Kemudian, kita pertikai lagi apa yang diberi.

Kurang layanan.

Sedangkan kita tak pernah menghargai.😢

Kalau-kalau nanti esok kita dikhabarkan dengan berita,
"Along, ibu dak takde!"
"Angah, ummi accident!"
"Adik, nadi mak dah berhenti!" 😭

Masa tu, adakah kita baru nak menyesal dengan perilaku kita sendiri?
Sedangkan satu nyawa berharga itu sudah diambil Tuhan.😔

Nak minta maaf dah tak boleh!

Kita meraung. Kita menyesal.

Banyak air mata yang jatuh.
Tapi cara itu tetap tak akan buat jasad itu kembali bernafas.

Yang boleh kita buat pada saat itu hanyalah, berdoa agar ibu kita ditempatkan di kalangan orang² yang beriman. Kirim doa pada mereka.

Hargai mereka.

Kalau mereka pernah sakitkan hati kita,
Maafkanlah.

Berapa sangat nilai sakit kita dengan nilai jasa mereka untuk jaga kita, nilai sakit mereka sebab kita dah sakitkan hati mereka, nilai penat mereka untuk cari rezeki bagi dekat kita selama ni.

Kalau kita rasa ibu kita banyak kekurangan,
Fikirkan pula kekurangan kita dalam banyak perkara.

Kalau kita rasa ibu kita selalu sibuk dengan kerja,
Fikirkan pula sahabat-sahabat kita yang dari kecil kehilangan kedua ibu bapa mereka.

Cukup sempurna Allah jadikan hidup kita. Tapi syukurnya kurang.

Sampai sini sahaja usrah ringkas saya. Maaf atas kekurangan.

Ingat, selalu doa pada mak ayah, supaya Allah jaga mereka lebih dari mak ayah sayang kita.☺

Wallahualam..

Usrah LegendWhere stories live. Discover now