JUVANA

96 4 0
                                    

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila dikata mengenai JUVANA atau kata lainnya sekolah budak jahat, pernah terdetik kenapa mereka di situ??
Bernasib mereka kerana umur bawah 18 tahun, segala kesalahan jenayah meletakkan mereka ke dalam sekolah JUVANA sehinggalah mereka 18 tahun dan berterusan sehingga ke pintu penjaga.

Atas asbab tersebut ialah jenayah. Jenayah berat hatta ringan sekalipun.

Tetapi bagaimana penempatan mereka di sana?

Jika dilihat di kaca televisyen, mereka akan mendalami ilmu agama, mendisiplinkan diri melalui agama. Dengan harapan ianya mampu menginsafkan mereka.
Walaupun begitu ada yang hatinya telah hitam dan tebal untuk ditebusi oleh cahaya ilahi

Ok, apa punca mereka menjadi begitu?

Sebelum itu seperti yang di keyword kan, jenayah... berikut jenayah lazim dilihat

1. Mencuri atau merompak atau menyamun
2. Merogol
3. Membunuh
4. Mengedarkan dadah
5. Masalah disiplin yang teruk.

Susunan itu mengikut peratus yang telah dikeluarkan oleh sumber berkenaan.

Mencuri atau merompak atau menyamun

Jika dilihat mencuri adalah salah satu jenayah yang tidak berat yang tidak menggunakan kekerasan namun mencuri itu ialah satu permulaan.

Selepas terbiasa mencuri, keadaan yang memaksa menyebabkan seseorang itu boleh bertindak kasar dengan merompak atau menyamun.

Hal ini berikutan kerana zaman ini yang dikenali sebagai zaman duit tambahan faktor hidup masa ini juga menyebabkan mereka bertindak untuk mencari wang lebih dengan lebih cepat.

Oleh itu, mereka yang bawah 18 tahun, rata-rata tidak mampu mengumpulkan sejumlah wang yang banyak dalam masa yang singkat. Hal itu juga menjadi faktor.

Tambahan bila dilihat masa kini, memiliki telefon canggih itu satu trend dan mulalah hidup bersaing antara rakan sebaya.

Umpama memiliki barangan itu, dia akan berdiri di tingkat paling atas atau kata lainnya, bangga.

Merogol

Lumrah manusia untuk memuaskan nafsu namun ianya mendahului akal untuk berfikir.

Kajian menunjukkan bahawa kejadian rogol dalam kalangan remaja bawah 18 tahun di tangga serius bilamana mereka yang baru berjinak mengajak dewasa diuji dengan nafsu yang membuak.

Lalu demi melunaskan, jenayah itu berlaku.

Selain faktor itu, ianya selari dengan kemajuan teknologi bilamana video pornografi berluasa dan keinginan muncul di situ.

Terbaru seperti yang sedang viral, pelajar perempuan tingkatan 2 sedang mengandungkan hasil mereka berdua selama 4 bulan. Walaupun tindakan teman lelakinya itu tidak bersifat ganas seperti amnya untuk sinonim dengan rogol, namun jika dibawa ke mahkamah, kesalahan merogol akan dijatuhkan.

Nafsu sememangnya comel seperti kucing. Sebab apa?

Kucing memang comel tetapi apa sifat liarnya? Mencakar, mengigit dan sebagainya

Begitu juga nafsu, nafsu ada banyak. Nafsu makan, nafsu minum... tetapi yang negatifnya ialah nafsu marah, nafsu bersetubuh

Berjagalah. Biar kita menunggang nafsu bukannya nafsu menunggang kita.

Membunuh

Kesalahan kedua terbesar jika dilakukan oleh orang dewasa namun kajian meletakkan membunuh ialah kesalahan ketiga terbesar yang boleh dilakukan oleh remaja bawah 18 tahun

Faktor perkara ini berlaku ialah masalah mental dan untuk menyelamatkan diri.

Masalah mental boleh tercetus apabila mereka sering berada di bawah tekanan dan pelajar sekolah lebih terdedah kepada tekanan untuk 3 keadaan. Keadaan di sekolah, di rumah, di luar rumah atau sekolah

Malah untuk faktor menyelamatkan diri, situasi mereka ialah pergaduhan.

Selesaikan masalah yang dihadapi dengan bijak supaya perkara ini tidak berlaku

Mengedar dadah

Faktor ini berlaku kerana ingin mencari duit lebih.

Pengedar dadah lebih gemar mencari mangsa mereka yang berpangkat pelajar kerana seharian mereka untuk bertembung polis adalah sangat jarang.

Ini memboleh mereka untuk memastikan barangan mereka mudah sampai

Masalah disiplin yang teruk

Atau kata lainya kes pergaduhan di sekolah dan di luar sekolah

Ini berpunca daripada ego. Melayan sangat ego tu menyebabkan seseorang itu mudah terjebak ke dalam masalah.

Penempatan mereka di sana untuk jangka masa yang lama supaya ;

Pertama bila mereka keluar, mereka boleh diterima oleh masyarakat dan mereka boleh bertahan di tengah-tengah masyarakat

Kedua bila mereka keluar, mereka bersedia untuk melakukan pekerjaan sebab oleh kerana mereka mempunyai rekod buruk, pemilihan mereka sebagai pekerja tidak mudah untuk semua orang.

Ketiga bila mereka keluar mereka lebih insaf..

Wallahualam ❤

Usrah LegendWhere stories live. Discover now