Yes, bilakah saya boleh bercinta? Bila yee? Hmm nntikan jawapannya...
Cinta remaja berlainan jantina. Itulah isu yg tidak pernah terhenti dibualkan oleh pelbagai golongan manusia. Baik remaja yang menjadi sasaran, mahupun org dewasa yg bertindak sebagai penasihat mereka apabila isu ini diajukan.
Apabila masa dikaitkan dgn cinta, ramai remaja yg berkira2: "Bilakah saya boleh bercinta?" Biasanya, ramai golongan dewasa berpesan kpd remaja yg masih bersekolah agar menumpukan pelajaran terlebih dahulu.
Tidak kurang juga remaja yg berpendapat bahawa masa yg sesuai ialah selepas tamatnya persekolahan.
Tapi, benarkah begitu?
Apabila tamatnya sekolah 😌
Selesai menamatkan alam persekolahan, itu bukanlah tempoh waktu bersenang-lenang buat para remaja. Malah, bukan juga mencari kebebasan yg sebenar lebih2 lg apabila disibukkan dgn bercinta. 💕
Pengakhiran zaman sekolah ialah permulaan kpd satu lg langkah ke fasa yg lebih mencabar. Ramai org mengetahui bahawa masa depan itu lebih mencabar, tapi berpa ramai pula yg mempersiapkn diri supaya mampu mengharungi cabaran mendatang dengan baik dan benar❓
Seharusnya, permulaan bagi alam selepas persekolahan perlu dirangka dgn teliti dan matang. Minta bantuan org yg lebih tua agar ada panduan n nasihat yg dpt disumbangkan kpd kita.
Perkara ni jugalah yg akan menjadi salah satu proses pembelajaran dlm 'sekolah kehidupan' yg bakal kita tempuhi nnti.
Sekolah inilah yg dpt mmbantu seseorg remaja utk mencorakkan perjalanan dirinya sebagai seorg remaja yg dpt memberi manfaat kpd org lain dan mnjadi hambaNya yg bertakwa. 🍃
Okay, berbalik kpd tajuk persoalan yg sering berlegar di fikiran remaja: "Bilakah masa yg sesuai utk saya bercinta?"
Before saya mnjawab, saya ingin bertanya semula kpd awak semua.
"Adakah masa yg sesuai utk seseorg remaja itu bercinta apabila tamat pengajian atau ketika masuk ke alam pekerjaan?"Cukuplah utk mencari jawapan tntg masa yg sesuai utk bercinta. Seseorg yg berjaya mencari matlamat yg sebenar dlm hidupnya pasti akan berpijak kpd kebenaran. Dalam soal cinta, dia yakin bahawa masa yg sesuai utk bercinta ialah apabila telah bernikah suatu hari nnti!
Tangguhkanlah masa utk bercinta pada masa yg akan tiba jua nnti. Apabila fikiran kita lebih terarah kpd matlamat yg jelas n realistik, akan hadirlah dlm diri kita akan cinta kpd kebaikan, cinta kpd perjuangan Islam, cinta buat keluarga tersayang n sentiasa ingin berlumba2 dlm meraih cinta Allah.
Dikesempatan ni, saya nak selitkn sikit tips ataupun syarat utk menjadi kekasih Allah. Means hamba yg sentiasa dirahmati n disayangi olehNya..
Ada ✋ syarat utk sentiasa dicintai oleh Allah 😍
1) Setia ketika susah n senang
2) Tekad utk bertaubat
3) Redha krn Allah
4) Akhirat dahulu, baru dunia
5) Berkorban demi IslamFirst..
1) Setia ketika susah dan senang
Apabila diri berasa sakit krn ditimpa ujian, serahkanlah jiwa kpd Allah yg Maha Penyembuh. Dan.. Setialah juga kpd Allah dgn sepenuh hati apabila dianugerahkan pelbagai kegembiraan dgn melahirkan rasa syukur kpdNya atas setiap nikmat yg dikurniakan.
2) Tekad dan taubat
Didiklah diri utk tekad meninggalkan dosa yg sering dilakukan dgn berbekalkan keimanan. Semoga dgn usaha kita itu akan dapat meraih pahala yg boleh mendekatkan diri dgn Allah. Jgn krn masih muda, kita bertangguh2 dalam bertaubat.
Lazimilah taubatlah ktika masih muda. Semoga taubat itu sentiasa memandu kita utk menjauhi dosa n maksiat sehingga ke usia senja. 👵👴
3) Redha krn Allah
Seseorg kekasih itu tidak pernah mempersoalkan perkara/hal yg tidak memuaskan hatinya. Hati yg sarat dgn perasaan cinta kpd Allah akan redha dgn ketentuan untuknya, sama ada dlm soal rezeki mahupun musibah
Redha yg lahir drpd jiwa yg bertawakal pasti tak pernah berhenti berusaha utk mencapai perkara yg terbaik dlm hidupnya. ✨
4) Akhirat dahulu, baru dunia
Kejarlah hakikat yg ada di akhirat nnti. Biarpun perkara tersebut kita tak dpt lihat di dunia, keyakinan terhadap perkara2 ghaib mampu mnjadikan seseorg itu mendahulukn akhirat.
Jadikanlah dunia yg sementara ini sebagai tmpat utk melakukan perkara yg baik n menjauhi laranganNya.
5) Berkorban demi Islam
Tanpa ada rasa keraguan dlm diri kita, semua usaha demi kegemilangan Islam sedia dilaksanakan oleh kita. Jadikan pengorbanan para sahabat Rasulullah yg tak pernah pudar semangat mereka dlm mendaulatkan Islam sebagai motivasi utk kita. 😉
Kesimpulan..
Fitrahnya, Allah menjadikan hidup berpasangan naluri semulajadi manusia yg saling memerlukan antara satu sama lain. Nyawa perlukn jasad, hidup pengkahirannya mati, sebelum siang adanya malam begitu juga lelaki dgn perempuan saling bergantung.
Sketsa kehidupan sebenar berbeza skripnya. Kehidupan kita di dunia bukanlah mimpi dan lakonan semata2 ttpi melibatkan campur tgn Yang Maha Esa. Ada garis panduannya, termasuklah cara menterjemahkan CINTA. Ikutlah jalan yg ditetapkan oleh Islam supaya keredaan Allah sentiasa bersama kita. 😊
Wallahua'lam 🌼
YOU ARE READING
Usrah Legend
RandomJika kita tunggu nak jadi alim baru nak sampaikan dakwah, sampai bila² lah akan ramai orang yang tersasar jauh dari ajaran islam. kita semua adalah pendakwah. tidak kira sama ada amalan kita baik atau tidak. itu urusan Allah! tak penting siapa kita...