NAK MASUK SYURGA TAK ?

99 7 0
                                    

Assalamualaikum awak² semua 🙋

Haaa , mengikut tajuk kita iaitu awak nak masuk syurga tak? agak-agak awak awak jawab apa ye?  Ada yang cakap tak nak? 😢

(👍) Nak
(👎) Tak nak

Mesti ramai cakap nak kan. Tapi, mungkin itu kata-kata dari mulut👄 kita yang lebih tajam daripada pedang. Mulut kita selalu tipu. Oleh itu, jangan percaya dengan ucapan dan luahan mulut. Bila tanya pada iman dan hati, adakah kita menjawab yang kita nak syurga?  Tengok pada amalan kita. Sudah cukup ke untuk beli tiket ke syurga?  😞😔

Nak masuk syurga kena pakai tiket ke? Mestilah kena awak.☺️

Syurga itu mahal, mewah dan Masha Allah sampai tak boleh terbayang oleh minda kita. Tapi rilex awak, kalau awak tak de duit untuk beli tiket ke syurga awak tak perlu risau. Kerana nak beli tiket ke syurga bukan guna duit 💵💴💶💷💰 . Tapi dengan amalan. Cuba ukur amalan kita setakat ini. Segunung atau sekecil biji sawi 🌿😖

Kalau kita melancong ke luar negara✈, kita perlukan tiket.

Lagi jauh kita pergi, lagi mahalah tiket itu. Lagi cantik tempat yang kita pegi, lagi mahalah tiket itu.
Macam kita nak pergi london, mesti berpuluh-puluh ribu duit kita melayang. Tapi setakat nak pergi Pulau Langkawi beratus je duit habis. 🙂

Sama juga dengan tiket ke syurga. Kalau nak lagi tinggi syurga yang kita mahu seperti Syurga Firdaus 😱, lagi banyk la amalan yang kita perlu buat. Kerna syurga ada peringkat2 nye. Ada yang kata"aku nak masuk syurga yang paling bawah la. Itu pon dah cukup untuk aku. Aku tak mampu buat amalan banyak2".
Tapi, awak tak nak ke duduk dalam syurga bersama para Nabi,? Atleast kita cubalah perbanyakkn amalan kita.

Ok semua 😋

Ok, sekarang saya nak bagi rahsia dekat awak2 semua. macam mana nak dapat tiket syurga tu 😉.

1. Cinta Allah
   Sebab cinta Allah lah yang patut kita damba. Macam mana nak cinta Allah, lakukanlah dulu apa yang Dia suruh dan jangan buat apa yang Dia larang. Dari situlah kita dapat cinta Allah. Kalau Allah murka macam mana kita nak hidup. Panjang umur pon kalau Allah tak redha tak guna juga 😔

Tips membuktikan cinta kepada Allah :

a.  Sentiasa mengingati, menyebut dan memuji-muji nama  Allah iaitu Asmaul Husna yang bermaksud nama-nama Allah yang indah. Ini dapat dilakukan bukan hanya membaca Asmaul Husna, tapi dengan berzikir dan membaca Al-Quran.

b.  Mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyak amalan. Seperti bersedekah. 🤑

c. Sentiasa takut kemurkaan Allah dan mengharap keampunan serta keredhaan-Nya dan percaya bahawa neraka itu ada(dapat menginsafkan diri)

c. Pasrahkan diri sepenuhnya kepada Allah diiringi pengharapan supaya terhindar daripada apa2 juga kemudaratan.

2. Cinta Nabi
First sekali tanya pada diri, adakah aku layak berdamping dengan Rasulullah?  😭
Rasulullah sangat berjasa dengan kita umat Islam. Dialah yang bertungkus-lumus menyebarkan agama Islam sehinggalah tersebar ke seluruh dunia.
Rindu tak dengan Rasulullah? Of course lah rindu awak.😔 Walaupon tak pernah jumpa Baginda.
Sayanglah dan rindulah kepada Rasulullah . Sedangkan sebatang pohon kurma pon menangis apabila ditinggal Rasulullah. Perbanyaklah amalan Sunnah walau hanya perkara kecil. Kerana Syafaat Bagindalah yang dapat menyelamatkan kita di Padang Mahsyar kelak.

3. Taati ibu bapa 👨‍👩‍👧
Taatilah ibu kita,  ibu kita, ibu kita dan barulah ayah kita. Terbalaskah jasa mereka yang mengandungkan kita, melahirkan, mendidik dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang?

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Mungkin itu sahaja yang dapat saya sampaikan. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri. Minta maaf jika ada kata2 yang menggores hati para pembaca.
Jaga iman, dan sama2 kita mengumpul "duit" untuk beli tiket Syurga

Wallahu'alam 💕

Usrah LegendWhere stories live. Discover now