'Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".'
(Surah Al-A'raf : ayat 164)
Ayat ini berkaitan kisah Kaum Bani Israel yang melanggar larangan pada hari Sabtu, iaitu *larangan memancing*.
Dalam Al-quran (Surah al-A'raf ayat 163) Allah ada cerita mengenai Kaum Bani Israel yang Allah uji keimanan mereka dengan larangan memancing pada hari Sabtu..
So,hari Sabtu ini mereka kena buat perkara lain seperti beribadah dan sebagainya. Tetapi memancing adalah *DIHARAMKAN* sama sekali.
Tetapi ditakdirkan Allah, hari Sabtu itu jugalah banyak ikan. Ikan melompat-lompat ke permukaan air.
Disebabkan tidak boleh tahan sangat nafsu memancing, sebahagian dari Kaum Bani Israel ini terus melanggar perintah Allah dan memancing..
Tetapi ada juga dari kalangan Kaum Bani Israel ini yang tidak memancing sebab ikut perintah Allah. So, Bani Israel masa itu kira ada dua kumpulan di sini,
1⃣kumpulan atau geng memancing (langgar perintah Allah)
2⃣kumpulan atau geng tak nak memancing (ikut perintah Allah)
Geng yang tak nak memancing ini adalah geng yang taat perintah Allah. Dan satu lagi yang menarik, *geng ini pun terpecah juga kepada dua kumpulan.*
*A*👉 Kumpulan yang nak nasihatkan geng yang memancing tadi, kira macam kumpulan Daie Millenia atau kumpulan Pencetus Ummah la rasanya..
*B*👉 Kumpulan yang *TAK NAK* ambil port atau ambik kisah pun dengan geng memancing tadi. Ini jenis kumpulan pentingkan diri sendiri. Kumpulan yang nak masuk syurga seorang diri saja.
Jadi ayat 164 ini menceritakan khas untuk kumpulan A dan B ini. Mereka kumpulan yang patuh perintah Allah,cuma lagi tinggal nak buat dakwah atau tidak...
*💞Allah menceritakan pada kita bagaimana kumpulan B cakap,*
وَإِذ قَالَت أُمَّـةٌ مِّنهُـم لِمَ تَعِظـون قَومًـا اللَّهُ مُـهـلِكُهُم
Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan merekaأَو مُعَذِّبُهُم عَذَابًا شَدِيدًا
…atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?"...*💞Kemudian Allah sambung pula bagaimana kumpulan A jawab pada kumpulan B*
قَالُوا مَعذِرَةً إِلَى رَبِّكُـــــم وَلَعَلَّهُم يَتَّقُونَ ( ١٦٤ )
..."Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".
*🎀Pengajaran daripada ayat ini,🎀*
1⃣Berdakwahlah wahai budak baik
📌Ayat ini sebenarnya nasihat untuk golongan yang baik dan soleh.
TETAPI…
👉🏻Tak nak buat dakwah
👉🏻Tak nak bagi nasihat
👉🏻Pentingkan diri sendiri
👉🏻Nak masuk syurga seorang diri saja
👉🏻Nak berjaya seorang diri saha
👉🏻Suka judge orang lain tapi dakwah tak nak buat📌Allah dah ceritakan perkara ini dalam al-Quran lebih dari 1400 tahun selepas ayat ini diturunkan. Kita pun dah baca al-Quran berulang kali. Kenapa kita tidak ambil pengajaran?
Kenapa kita tak nak dakwah?
Kenapa kita pentingkan diri sendiri?
Kenapa kita tak nak pedulikan orang lain yang buat dosa?
Dan..
Kenapa kita nak masuk syurga seorang diri?2⃣Ayat ini juga nasihat kepada golongan yang suka kutuk-kutuk orang yang suka membuat dosa dan bajet bagus.
Nampak orang tak tutup aurat..
😒Dah kebal sangat boleh tahan api neraka?Nampak geng suka tengok k-pop
😑Takde masa depanNampak orang couple
😪Kalau dah kaki maksiat tu,memang tak boleh buat apa..Korang jangan lupa🤔
👉🏻Hari ni kita tutup aurat..
👉🏻Hari ni kita tak couple..
👉🏻Hari ni kita jaga ikhtilat..
👉🏻Hari ni kita tak dengar K-pop,Korea dan sebagainya..
👉🏻Hari ni kita tidak berzina..Esok lusa kita confirm ke kita tidak buat dosa tu? Silap-silap kitalah orang pertama yang menentang Allah dan RasulNya!😣
nauzubillahiminzalikh! 😭
3⃣Ayat ini juga nasihat kepada pendakwah, yang mana dalam berdakwah, tidak cukup dengan kita kata..
Ini tak boleh buat!
Ini dosa besar gaban!
Ini haram!
Tak boleh buat benda ni!Tetapi kita kena bagi BIMBINGAN sekali.
Contohnya,
👉"Kamu takkan tak boleh ingat Allah kadang-kadang?"
👉"Kamu tak nak cuba berubah ke?"
dan sebagainya..dipetik dari *Bedtime Stories Sentap* karya *Shukery Azizan* terbitan *Tarbiah Sentap*
Mohon maaf salah silap
Sama-sama kita cari ilmu
Sama-sama perbaiki diriAssalamualaikum ✌🏻
YOU ARE READING
Usrah Legend
De TodoJika kita tunggu nak jadi alim baru nak sampaikan dakwah, sampai bila² lah akan ramai orang yang tersasar jauh dari ajaran islam. kita semua adalah pendakwah. tidak kira sama ada amalan kita baik atau tidak. itu urusan Allah! tak penting siapa kita...