ANTARA DUA DARJAT

59 4 0
                                    

Bismillah.....

Hm 🤔 . Dua darjat?
Okayhh 🙇Selalu kan kita tengok dalam drama ke filem ke Dilwale ke cacaca 💃pasal dua darjat. Yang kaya pandang rendah kepada si miskin. Pernah?

Know what? di sisi Allah semuanya sama. Semuanya hamba Dia. Jadi kenapa kita di dunia ni suka membandingkan?

Allah tak bandingkan pun orang yang ingat dia dengan tak? Semua sama, boleh hirup oksigen ni. Cuba kalau Allah pilih, yang solat hirup oksigen, yang tak solat tak hirup, haaaa macam mana 😏

Yang kurang berkemampuan ni jijik ke sampai mereka dihina dicaci bagai ? Semua orang memang ada kekurangan mereka. Mereka terkurang pada harta tapi mungkin mereka kaya dengan ilmu, mewah dengan kasih sayang, ilmu agama cekal di dada. Dont judge book by its cover la human human oii 😑

Kalau kaya, cantik, femes, semua benda boleh beli, banglo satu negeri tapi amal ibadah tak mampu pulak nak lakukan. Paaacitta??? 😛

Contoh situasi la kan.

1. Sekolah

Bila di sekolah, yang kaya yang femes, semua kumpul sekali. Buat geng katanya. Bila yang kurang berkemampuan lalu, mula kutuk 😌

"Eh dia tu dah la miskin, selekeh. Tkde class macam kita kan"

Ehem, diorang ada class kay 🙄 Semua yang bersekolah ni semua ada class eleh ingat diorang je ada class 😌

Huhu ok gurau. Em.

You know what? Rasa syukur tu perlu ada. Bila kita bersyukur, rasa riak tu zero. Kalau yang tak bersyukur? Itulah jenis yang suka tindas orang bawah dia  😪

2. Jodoh

Alaaa dah tengok kan dalam filem 😌. Mak ayah tak kasi kahwen sebab tak sama level.
"Iolls pangkat tinggi, uolls sila pergi 💁"

Well, mommy daddy 😂 , jodoh tu rahsia Allah. Allah bukan tetapkan anak jutawan kahwen dengan anak jutawan jugak. Banyak variasi yang Allah buat. Dah jodoh tetap, anak mommy daddy kahwen dengan orang sederhana, kenapa tolak? ☺ Nanti kalau tak kasi anak kahwen, mereka degil lepastu lari rumah kahwen thailand, haaa kan susah mommy daddy nanti 😆. Paling teruk, mereka mendekati maksiat sebab tak dapat izin untuk kahwen, salah siapa? 😐 Think think think. 😌

Ehem, alang-alang dah masuk bab jodoh ni, nak tambah la sikit hehe.

Ramai yang dambakan jodoh yang baik. Tapi kenapa tidak kita yang jadi baik? Jodoh kan cerminan diri. Awak baik, jodoh awak pon baik la insyaAllah. ☺

Cerminan diri bukannya anak jutawan sama jutawan. Itu bukan cerminan diri. Itu cerminan duit 🙄

3. Orang bawahan dengan bos

Yes, bos is bos. Orang bawahan perlu patuh kepada bos 😎

But ☝jangan sampai suruh mereka macam mereka hamba. Nak suruh buat benda urgent, tengking bagai. Jadi bos yang tegas tapi baik ngeh 😁

Like, suruh secara baik. "Buat ni siapkan segera ye" dan kalau mereka lambat sikit, well, manusia ada yang jenis slow kan. Give them time. Jaga adab. Jangan kerana kita bos, kita buat mereka macam hamba abdi, kuli, pembantu. Jangan kay jangan. Maybe takde dalam kalangan kita, insyaAllah. Kita kan baik kan kan kan 😂

Bab kerja ni memang stress sikit kan 💆 semua bos nak cepat. Tapi kita ni as pekerja kena patuh jugak. Kita makan gaji, yang penting buat seikhlas hati. Kita bekerja bukan sebab duit kayy 🤑

"Haaa dah tu kerja sebab apa kalau bukan duit?"

Oh, selama ni niat awak sebab nak duit semata-mata? 😅 niat la kerja sebab Allah. Kita kerja sebab nak cari redha Allah. Moga dengan pekerjaan kita ni, kita dapat capai Jannah Allah, yang didamba semua orang. InsyaAllah. Allahumma Aminn

Kesimpulannya :

As a orang kaya 😎

Jangan pandang rendah dekat orang kurang berkemampuan. Mereka juga manusia. Ingat, semua awak miliki hakikatnya Allah yang punya. Bila-bila masa je awak tarik semua nikmat awak dapat sekarang. ☺

As a bos 👨🏻

Nak arahkan pekerja itu boleh, tapi biarlah beradab. Jangan kerana awak bos, pekerja semua awak anggap macam kuli. Hm. Amboi tegur bos ni em maaf bos 😂

Kesimpulan keseluruhan :

Antara Dua Darjat. Di dunia, memang dipandang tahap kekayaan, tahap kuasa, tapi itu hanya di dunia. Hanya dunia kawan kawannnn 👻

Di akhirat, semuanya sama, disoal di tempat sama, takde tempat khas VVVVVVVVIP.

Kita ni siapa lah sangat kan. Hamba yang hina 😔 Gah dengan semua milik Allah 😪 Tak kemana harta tu semua 😌

Wallahualam 💕

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 12, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Usrah LegendWhere stories live. Discover now