CEMBURU DENGAN AHLI MAKSIAT❓
🐾Katakan kita sedang dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.Maka,jalan manakah yang akan digunakan jika kita bertolak dari perlis❓
➡Sudah pastilah kita akan mengambil jalan ke selatan right?Mana mungkin kita mahu ke Kuala Lumpur dari perlis,tetapi kita ambil jalan ke arah utara.kita memang tidak akan sampai
❗ Begitu jugalah jika kita mahu ke syurga. Jika mahu ke sana maka jalan manakah yang kita akan pilih❓Adakah jalan yang menuju ke neraka❓
❌Tidak sama sekali.
Sudah pastilah kita akan mengambil jalan menuju ke syurga juga right❓
🌸Kebaikan Tidak Mungkin Dicapai Dengan Kemaksiatan.
🎈Nak diri kita menjadi lebih baik? Maka jalan menujunya mestilah juga baik. Ada orang menikmati kebaikan yang dilakukannya.
🎈Mungkin kerana dosa dosa yang lepas terlalu besar, maka baginya keluar dari kegelapan lalu hidup dalam cahaya kebaikan adalah nikmat yang tiada tandingan.
👉🏻Ada orang dari kecik lagi hidup dalam kebaikan. Dididik untuk solat, pergi masjid berjemaah, baca al-Quran, ikut pengajian, belajar dan sebagainya. Semua yang baik baik dari kecil.
Hidup dalam kebaikan sebenarnya satu nikmat.
❗Tetapi tidak semua org benar benar menikmatinya. Ada orang yang hidup dalam kebaikan, maka disyukuri dan dinikmatinya.Tetapi kadang kadang kebaikan itu pun di rasa macam satu kebiasaan baginya. Tiada apa pun yang istimewa tetapi orang yang lama hidup dalam kegelapan, kebaikan itu dirasai seperti satu hadiah yang besar nilainya terlalu istimewa bagi dirinya.
👉🏻Maka tangisan dan rintihannya menjadi satu perkara yang luar biasa bagi orang yang lama hidup dalam kebaikan tetapi tidak mampu mengalirkan air mata taubat😔
🌸Berhati-hati Ketika Merasa Perlu Sedikit Dos Maksiat.
💔Adakala, kita cemburu melihat orang yang bermaksiat. Kita rasa seolah olah diri ini terlalu lurus. Pergi masjid solat berjemaah, baca al-Quran dan belajar.
🤔Padahal kita perhatikan ada orang yang bermaksiat, seolah olah kehidupannya itu begitu manis sekali bila dia kembali bertaubat. Kadang terlintas di fikiran kita:
"Mungkin aku pun perlu sedikit maksiat kut. Baru lepas ni boleh rasa manisnya taubat."
"Kenapa dia buat maksiat, bila bertaubat, rasa manisss sangat?
Tapi aku yang tak buat dosa seteruk dia pun, kenapalah susah sangat nak enjoy taubat?"
Allahuakbar, berhati hatilah bila kita mula rasa perlu kepada sedikit dos maksiat untk merasai manisnya taubat. Sedangkan maksiat tetap maksiat. Tidak mungkin kebaikan dapat dicapai dengan maksiat.
Mana mungkin😨😨
🤔Mungkin yang merasa begitu perlu berfikir semula:
"Jika dalam keadaan mensengajakan diri untuk bermaksiat dan kita pulak seronok, apa agaknya yang berlaku jika tiba-tiba kita ditarik nyawa...waktu itu?"
Allahuakbar tak dapat kita bayangkan meninggal dalam keadaan bermaksiat. Mohon ubah diri daripada terjebak dengan maksiat.
🌸Kisah seorang Abid.
🏡Ada dua kisah antara seorang abang dan adik. Si abang adalah lelaki alim dan rajin beribadah. Solat, zikir, semuanya terjaga📿.
Tetapi si adik pulak adalah orang yang sibuk dengan kemaksiatan. Hidupnya siang malam ditemani oleh botol botol arak dan perempuan.
Mereka tinggal dalam rumah yang sama. Si abang di tingkat atas, si adik di tingkat bawah. Ketika si abang sibuk dengan amalnya, si adik pula meladeni kemaksiatan.
👉🏻Suatu hari, terdetik dalam hati si abang,
"Aku ni dah lama beribadat. Adik aku setiap hari berfoya foya, tidak ada apa yang berlaku pun. Mungkin aku kena cuba hidup sehari macam dia. Mungkin lepas ni ibadah aku lebih nikmat." 😨
Dalam masa yang sama juga
Terdetik di hati si adik.
"Aku ni dah lama buat maksiat, tiap tiap hari dengan perempuan dan arak. Abang aku lebih baik dari aku, mungkin aku kena cuba sehari hidup macam dia."
👉🏻Maka, si abang pun berjalan turun mahu menyertai adiknya di bawah. Si adik pula berjalan naik untuk menyertai abangnya diatas.
Ditakdirkan ALLAH,mereka bertemu lalu berlanggar di tengah tengah tangga, sehinggalah kedua-duanya jatuh dan meninggal dunia. Si abg selepas mati dia rohnya dicampak ke neraka. Si adik pula, dimasukkan ke syurga.
👀 See.
Baru sahaja terdetik dihati belum sempat buat dosa pun lagi.
Ketika itu, nikmatnya kebaikan pun tidak sempat dirasai.
Maka tanyakan pula diri kita❗
Jika ketika itu kita diambil nyawa, sempatkah kita bertaubat hanya kerana kita cemburu melihat orang yang berdosa dan ingin mencuba kehidupan seperti mereka?
🌸Jangan korbankan walau sesaat hanya kerana cemburu.
BAGUS sebenarnya ada rasa cemburu. Ia akan menolak kita untuk berbuat sesuatu. Tetapi yg tidak bagusnya adalah apabila kita buat sesuatu yang tidak sepatutnya.
Cemburu jika ia menolak kita untuk meningkatkan usaha bagi merasai manisssnya taubat dan menikmati kelazatan iman, maka ia bagus.
Tetapi, jika ia menolak kita untuk cuba menjerumuskan diri ke dalam lubang lubang maksiat, maka ia bukan cemburu yang bagus.
Selama masih dihidupkan ALLAH dalam kebaikan maka bersyukurlah kita.
Ramai orang dibangunkan oleh ALLAH pada hari hari baru, tetapi kehidupannya masih dalam kegelapan.
Tidak faham apa itu ISLAM.
Tidak kenal langsung apa itu IMAN.
Kita yang ALLAH sudah hidupkan dalam ruang kebaikan, maka janganlah melampau-lampau. Memang jika boleh, kita mahu menjdi lebih baik daripada kita yang sekarang. Tetapi, bukanlah melalui pintu maksiat.
Sekali-kali kebaikan tidak akan dicapai melalui pintu kemaksiatan. Jika mahu ke syurga perlu melalui jalannya.
Tidak mungkin sampai ke syurga, jika di tengah jalan kita melencong ke arah neraka...
Muhasabah diri kita selalu 💞
From Allah To Allah ❤
Moga bermanfaat.
YOU ARE READING
Usrah Legend
RandomJika kita tunggu nak jadi alim baru nak sampaikan dakwah, sampai bila² lah akan ramai orang yang tersasar jauh dari ajaran islam. kita semua adalah pendakwah. tidak kira sama ada amalan kita baik atau tidak. itu urusan Allah! tak penting siapa kita...