Fastabiqul khairat?
apa itu fastabiqul khairat?
fastabiqul khairat adalah berlumba-lumba dalam melaksanakan kebaikan
" Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan di mana sahaja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu " - surah Al-Baqarah ayat 148
now awak dah tahu kan apa maksud fastabiqul khairat tu
good
actually senang nak buat kebaikan ni tapi tak tahu kenapa manusia iaitu kita lebih rajin nak buat kejahatan seperti
mengumpat, mencarut, menyusahkan orang lain dan banyak lagi yang kita buat cuma sedar dan tak sedar sebab dah biasa dengan semua kejahatan yang kita lakukan
dah macam rutin kehidupan, jumpa member mulalah sesi MeleTOP sendiri-sendiri, umpat itu ungkit iniselalu buatkan
bila nampak orang cuba buat kebaikan, berhijrah kearah kebaikan and so on then mulalah nak cakap
' pergh bajet alim sia '
' tudung labuh belum tentu masuk syurga '
' pakai jubah sebab nak bajet ustaz '
ringan sangat mulut ni nak kata benda buruk sebab tu lidah tak bertulang tapi tajamnya mengalahkan tajamnya mata pedang
dik
jom kita sama-sama buang jauh sifat mazmumah kita ni, sifat tak suka tengok orang lebih baik dari kita tapi tak pernah berusaha untuk menjadi lebih baik
jom berubah
kenapa nak buang masa dengan menghabiskan kredit pahala kita sedangkan kita boleh manfaatkan dengan melakukan kebaikan dan seterusnya menaikkan lagi saham akhirat buat kita sendiri
berlumba-lumbalah kita melaksanakan kebaikan bukannya kejahatan
nanti bila dah kena bala lepas tu nak salahkan tuhan
pelikkan?
kita bazirkan masa dunia dengan segala mazmumah kemudian bila dah kena pembalasan di dunia baru nak salahkan suratan takdir pencipta
ingat
baru pembalasan kat dunia, akhirat nanti tetap ada habuannyamasih nak terus menerus dengan kejahatan ke?
fikir-fikirkanlahnow fokus kepada fastabiqul khairat
banyak kebaikan yang kita boleh buat dik
sedekah, meringankan beban orang lain dan seumpamanya
biar sikit asal istiqamah dan niat kerana Allah taala bukan kerana nak pujian dunia
tak guna kalau amal kebaikan tinggi menggunung tetapi hanya sekadar nak menunjuk-nunjukbetapa Allah begitu sayang dengan kita
kenapa?
sebab, setiap amal kebaikan biar sekecil zarah pun akan dicatatkan pahala hingga 700 kali ganda bahkan andai hanya baru terlintas dibenak pemikiran kita sudah dicatatkan pahala buat kitathen, kenapa kita pula yang tak sayang dengan diri sendiri?
seronok nak buat dosa tetapi malas nak kumpul pahaladik
kalau kau malu nak buat kebaikan sebab risau dengan mulut orang
biarkan
tak perlu hiraukan tohmahan orang
cukup hanya pencipta tahu niat sebenar kau
orang yang hendak melakukan ni memang akan sentiasa diuji
sebab
Allah sayangkan kita
supaya kita tak terasa bangga dengan kebaikan yang kita buatsebab risau bila dah terlalu taksub dengan kebaikan-kebaikan yang kita buat then mulalah timbul rasa ujub kemudian riak menular dalam diri
akhirnya
amalan hanya tinggal amalan
tetapi tidak diterima AllahAllah berfirman supaya berlumba-lumba melakukan kebaikan tetapi janganlah pernah berasa cukup dengan kebaikan yang kita lakukan
sebab bila kau dah rasa cukup
maka terbitlah rasa nak buat bibit kejahatan
bahaya
ajal kita bila-bila masa
boleh jadi sekarang, sekejap lagi dan nanti
tetapi yang pasti
ajal kita semakin menghampirilakukankanlah kebaikan, biar sedikit tetapi ikhlas dan istiqamah pasti mendapat redha Allah
satu je nak pesan
jangan pernah berhenti daripada terus menerus dengan kebaikan
tetapi bertaubatlah daripada terus berada didalam kancah kejahatandunia ni hanya sementara dan kita umpama seorang perantau
nak kumpul pahala sebanyak yang boleh buat bekalan di akhirat kelak
atau kau nak terus berbangga dengan kejahatan semasa hayat yang masih bersisa di dunia ni?
sepastinya tidak bukan
maka berhentilah
mari sama-sama mengejar redha pencipta bukan murka AllahAkhir kata, istiqamahlah dengan kebaikan biar sikit tetapi berterusan
proses ke arah kebaikan memang banyak dugaan
sebab tu kena banyak sabar
Rasulullah yang diuji dengan bermacam dugaan pun masih dapat bertahan hingga digelar ulul azmi
inikan kita yang baru diuji dugaan secebis
ingat
Allah uji bersesuaian dengan kekuatan iman kitaWallahu'alam 🌼

ANDA SEDANG MEMBACA
Usrah Legend
AcakJika kita tunggu nak jadi alim baru nak sampaikan dakwah, sampai bila² lah akan ramai orang yang tersasar jauh dari ajaran islam. kita semua adalah pendakwah. tidak kira sama ada amalan kita baik atau tidak. itu urusan Allah! tak penting siapa kita...