CERPEN : AHMAD

51 4 0
                                    

"Abang, abang. Tolong ajar saya menjual", terlihat seorang budak berusia 10 tahun, berpakaian compang-camping yang kotor, menegur sambil menarik-narik hujung bajuku.

Aku tersentak. Lantas ketika itu, aku merendahkan sedikit tubuhku untuk bertanya kepada nya.

"Dik, adik tinggal mana ? Nama siapa ?".

Pandangan nya jadi berkaca. Kesedihan terus sebak bergenang di kelopak matanya. Allah. Seolah-olah ia menceritakan, ada penderitaan 10 tahun yang dialami, tidak mampu diluahkan walau dengan sisa-sisa perkataan.

Aduhh berat ketika melihatnya !

Aku jadi sebak dan serba-salah akan pertanyaanku tadi.

"Adik, abang betul-betul minta maaf. Abang...", belum sempat untuk aku menghabiskan ayat, dengan nada tersekat-sekat dia terus bersuara

"Abang. Saya Ahmad. Saya tak punya ibu ayah. Tak ada keluarga. Tempat tinggal saya dekat merata-rata. Asalkan saya boleh lelap mata."

Sambung anak kecil itu lagi, "Sebenarnya, saya ikut abang dari tengahari tadi. Saya terdengar abang kata pada seseorang, lebih baik ajar orang lain ilmu buat RM10 000, dari bagi RM10 000. Dia akan sia-siakan."

"Adik. Selama ni adik cari duit, makan macam mana ?"

Aku terkejut. Dia terus merangkul erat tubuhku, dengan sebak tangisan nya semakin deras.

Hatiku jadi kuat tertanya-tanya. "Allah. Ada apa ini."

"Abang ! Ahmad minta maaf ! Ahmad bersalah, Ahmad berdosa ! Ahmad banyak dosa !"

Tanpa sedar, di saat itu juga, air mataku terus tumpah ke pipi.

Aku langsung memeluk erat tubuh si kecil itu. Lalu mengusap perlahan di kepala, agar emosi nya kembali menenang.

"Shh shh shh. Takpe Ahmad. Takpe. Abang keluarga Ahmad sekarang. Abang ada. Ni abang ada. Ahmad ceritakan perlahan-lahan ya pada abang."

"Ahmad malu nak minta sedekah dekat orang yang lalu-lalang, jadi Ahmad mencuri. Ahmad nak bertaubat. Ahmad dah insaf. Dah insaf. Tolong ajar Ahmad meniaga. Tolong bang. Tolong Ahmad."

"Ok Ahmad. Ok boleh. In sha Allah, abang boleh bantu. Ahmad boleh meniaga kerepek ?"

"Boleh bang, boleh ! Asalkan Ahmad tak buat dosa lagi."

Disebabkan aku tinggal dengan keluarga, aku ambil keputusan untuk menyewa sebuah rumah sederhana, agar Ahmad boleh berlindung.

Di sana juga, aku jadikan tempat untuk menyimpan stok-stok kerepek. Sambil mengajarnya, cara-cara menjaja dan menjual dengan betul.

Hari demi hari, aku melatih Ahmad untuk atasi perasaan malu bertemu orang ramai. Praktis demi praktis di awal proses penjualan, aku temani Ahmad, agar dia berjaya mendapat hasil halal menyara kehidupan nya.

Syukur. Dari minggu ke minggu, Ahmad sudah mula menampakkan perubahan positif. Skil menjualnya semakin tajam.

Dari 10 bungkus, jadi 30, 50, 70 bungkus sehari. Lebih lumayan bila di hujung minggu.

Sekecil yang bersungguh-sungguh dan cepat belajar itu, sudah pandai membuat kawan. Dia mengajar pula teman-temannya skil menjaja, dan memberi upah pada mereka jika berjaya menjual.

Subhanallah. Ia membuahkan hasil ! Network dan untungnya semakin membesar.

3 Bulan Setelah Itu

"Abang. Esok petang abang datang awal sikit ya. Ahmad nak bagitahu dan nak bagi sesuatu pada abang. Ok"

Disebabkan tak sabar-sabar nak tahu, tak sempat petang, pagi lagi aku dah muncul di tempatnya. Tapi ketika sampai, Ahmad tidak ada di rumah. Awal-awal lagi dia bersungguh memburu rezeki.

Aku terus menuju ke tempat yang aku agak dia pergi berjualan.

"Eh. Mana Ahmad ni ?", getus hatiku sambil terus mencari

"Abang !..", aku tiba-tiba tersentak kedengaran jeritan suaranya dari jauh

Aku memalingkan wajah dan mengecilkan mata. Ya betul Ahmad. Seperti di tangan nya, kelihatan memegang sesuatu.

Dia terus berlari meluru ke arahku, dengan wajah yang sangat ceria. Ia benar-benar membuatkan aku tersenyum.

"Ahmad. Perlahan-lahan jalan pun takpe." jerit aku kepadanya

Aku sangat risau, bila kelihatan sebuah lori meluru laju berdekatan arah Ahmad, menghon-hon kuat supaya jangan menghadang jalannya. Sekejap cuma, bunyi geseran brek tayar terdengar sangat bising.

"Ahmad jaga-jaga !".

Dalam sekelip mata, tiada sempat Ahmad mengelak, dia terus dihentam kuat dan terhumban jauh ke arah tiang lampu yang keras.

"AHMAD !!!!!!!!!!!!!!"

Aku terus berlari mendapatkan Ahmad dan merangkul tubuh kemalangan itu. "Ahmad ! Cakap sesuatu Ahmad ! Cakap sesuatu Ahmad ! AHMAD !!!!!!!!!!!!!!"

"Kata nak bagitahu abang ! Kata nak bagi abang sesuatu ! Kenapa buat abang macam ni ! AHMAD !!!!!!!!!!!!!!"

Tiada berdaya aku sebagai hamba yang lemah, Ahmad pergi bertemu Ilahi di tempat itu juga.

Setelah pemergian Ahmad, dapat tempoh yang lama baru aku dapat menenangkan diri, dan redha atas segalanya.

Aku baru dapat kekuatan, dan bersedia untuk membuka barang yang dipegang tangan nya, ketika peristiwa hitam tersebut.

Terlihat satu kertas yang dilipat kecil di dalam, dan aku membukanya.

"Assalamualaikum. Selamat harijadi abang Ahmad ! Ahmad sayang abang dunia akhirat."

"Terima kasih kerana dulu menerima Ahmad yang kotor, busuk dan berdosa. Pengorbanan abang sangat bernilai tinggi di mata Ahmad, satu dunia dan pandangan Allah terutamanya !"

"Terima kasih abang sebab hadir dalam hidup Ahmad. Terima kasih atas segala-galanya. Dalam tempoh 3 bulan saja, Ahmad dapat kumpul RM10 000 lebih tau hasil dari jualan kerepek."

"Ni Ahmad hadiahkan abang, album gambar-gambar kita yang tangkap selalu."

Tulisan-tulisannya makin tak jelas. Pandanganku semakin kabus dan berkaca. Air mata terus mengalir deras membasahi bingkisan terakhir Ahmad kesayanganku.

"Doa kasih sayang buat Ahmad, setulus hati akan selalu abang kirimkan. Damailah di sana." perlahan ucapku sebak

Suratnya bersambung, "Jauh mana pun nanti Ahmad pergi berjualan, Ahmad akan selalu dapat temani abang dengan memori-memori ni."

"Ya. Memori yang takkan pernah sama lagi selepas ini."

Karya
Akhi shah
Psikologi"Story-teller

@DiariSiPsiko

Usrah LegendWhere stories live. Discover now