Bismillahirrahmanirrahim...
Musuh kebijaksanaan ialah sifat marah. Berapa ramai orang yang bijak, tetapi akhirnya jatuh terhina kerana gagal mengawal kemarahan. Apabila marah, akal akan ditawan oleh emosi. Diri hilang kendali. 🙇
Pada ketika itulah manusia yang paling bijak sekalipun akan bertukar menjadi dungu. Percakapan, tindakan dan raut wajahnya akan menjadi begitu hodoh, tidak sepadan lagi dengan tingkat akal atau kecerdikannya. ☝
Oleh itu, salah satu sifat orang yang bertakwa ialah mampu menahan marahnya. Allah menjelaskan ciri orang yang bertakwa melalui firmanNya,
"Dan segeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk org yg bertakwa. Orang yg menafkahkan hartanya, baik pada waktu lapang atau sempit, dan org yg menahan marahnya dan memaafkan kesalahan org. Allah mengasihi org yg berbuat kebajikan." (Ali 'Imran 133-134)
Mengikut ahli psikologi, marah merujuk kepada situasi bergelojaknya darah dalam hati utk menolak gangguan yg dibimbangi terjadi atau krn ingin membalas dendam kpd org yg menimpakan gangguan itu terhadapnya.
Menurut kajian psikologi lg, kemampuan mengawal marah termasuk dlm kecerdasan emosi yg sgt penting dlm kehidupan. Seseorg mesti mampu mengawal rasa marahnya, agar marah 'bekerja' untuknya, bukan sebaliknya.
Marah adalah antara perasaan yg paling sukar dikawal.
Biasanya org yg gagal mengawal rasa marah tidak dpt mengawal akal fikirannya. Dia menjadi tidak rasional, bertindak kasar, ganas dan adakalanya sgt kejam. Apabila marah reda, barulah si pemarah menyesali tindakannya.
Islam sgt mementingkan sifat keadilan dan kasih syg. Justeru jika marah tidak terkawal, mana mungkin seseorg akan bersifat adil dan berkasih sayang. Umat Islam dituntut mementingkan keadilan bukan shja dlm keadaaan aman, malah ketika memerangi musuh. 🙂
"Dan perangilah di jalan Allah org yg memerangi kamu tetapi jgnlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai org melampaui batas." (Surah Al-Baqarah 190)
Orang yang paling kuat ialah yang mampu mengawal rasa marahnya. Sebaliknya mereka yg dikuasai rasa marah ialah org yg lemah. Keadaan ini berbeza dgn tanggapan biasa, iaitu org kuat apabila mampu melampiaskn rasa marahnya.
Rasulullah mengingatkan:
"Bukanlah yg kuat itu org yg selalu menumpaskan org lain, sesungguhnya org yg kuat ialah org yg dpt mengawal diri ketika marah." (Riwayat al-Bukhari n Muslim)
Namun perlu diingat, org bertakwa bukan tidak mempunyai sifat marah, sebaliknya mereka mampu menahan dan mengawalnya. Mereka boleh mengawal tahap kemarahan, menentukan perkara dan dalam keadaan tertentu sahaja utk marah.
Rasulullah menjelaskan,
"Tidak ada tegukan yg lebih dicintai Allah drpd kemarahan yg ditahan oleh seorg hamba krn Allah, kecuali pasti Allah akan memenuhi jiwanya dgn iman." (Riwayat Ahmad)Islam bukan menyekat kemarahan, tetapi mengawalnya. Amat besar bezanya antara sekatan dengan kawalan. Sekat, ertinyatidak boleh marah langsung. Kawal pula bermaksud boleh marah pada perkara, situasi dan kadar tertentu.
Ni adalah antara sebab mengapa perlu mengawal marah;
👉1) Perintah Allah dan Sunnah Rasulullah
👉 2) Punca penyakit kronik
👉 3) Malaikat menjauhi🍃 1) Perintah Allah Dan Sunnah Rasulullah 🍃
Org yg beriman sentiasa akur dan taat kpd perintah Allah. Melampiaskan marah di luar dari batas syariat adalah sifat terkeji. Banyak ayat al-Quran hadis yg melarang dan mencela sifat marah. Marah berpunca daripada sifat takbur yg merupakan sifat utama syaitan. Drpd amarah juga akan timbul sifat2 mazmumah yg lain sperti dendan, hasad dan zalim.
YOU ARE READING
Usrah Legend
RandomJika kita tunggu nak jadi alim baru nak sampaikan dakwah, sampai bila² lah akan ramai orang yang tersasar jauh dari ajaran islam. kita semua adalah pendakwah. tidak kira sama ada amalan kita baik atau tidak. itu urusan Allah! tak penting siapa kita...