🌸 Air mata untuk al-Quran 🌸
Karya : Abeben"Wuu.. Dah berpuluh kali aku ulang. Endingnya tetap membuatkan aku menangis.
Percayalah cakap aku Harun. Kalau kau baca, mesti kau pun akan menangis.."
"Baiklah, nanti aku free aku baca, memandangkan kau bersungguh-sungguh nak aku baca.
Tapi sebelum tu, aku nak tanya kau sesuatu.. Ali, setiap kali kau baca komik tu, kau pasti akan menangis, bukan ?"
"Y-ya..."
"Macam mana pula dgn al-Quran ?
Sudah berapa kali engkau menangis slps membacanya ?"Kata-kata Harun itu menyentap hati aku..
Lantas aku segera mendapatkan al-Quran yg berhabuk di rak buku..
"A'uzubillahiminashsyaitonirrajim.."
"Bismillahirrahmanirrahim.."Hanya setelah sekian lama, baru aku sedar..
"Sodaqallahula'zim.."
Bukannya mudah untuk aku menangis.
Bagai bertemu tujuan hidup yang baru, aku berusaha sedaya upayaku untuk memahami..
Memahami isi al-Quran yg aku baca.
Selagi mana aku tak faham, selagi itu aku takkan dapat menjiwai..
Dan selagi itulah aku takkan dapat menangis !
Jika itulah sebabnya..
"Nah ini bukunya"
"Wah !"
"Walaupun ia buku lama, masih boleh digunakan untuk belajar Bahasa Arab. Semoga berjaya."
Sebulan aku habiskan masa aku menelaah..
Dan akhirnya mencecah limitasi diri. Hasilnya..
"Huh.. Ia lebih susah dpd apa yang aku jangkakan."
Kenapa susah sangat untuk belajar Bahasa Arab ?
Aku hanya mahu faham dan hayati isi kandungan al-Quran..
..sebagai mana aku hayati komik-komik yg aku selalu baca sebelum ini.
Adakah aku akan mati tanpa sempat memahami..
..isi al-Quran ?
Dalam kebimbangan, aku segera mendapatkan al-Quranku..
Dan terus membacanya tanpa henti..
Tanpa henti..
Tanpa henti..
Tanpa henti..
Dan saat aku berhenti membaca..
Pipiku tiba-tiba shj basah.
Kenapakah air mata ini tidak berhenti mengalir..
..walaupun aku masih belum memahami isi al-Quran ?
Aku yakin sahabatku, Harun mempunyai jawapannya !
"Menangis walaupun kau tk faham isk kandungan al-Quran ?
Oh tiada apa yang pelik tentang itu."
"Tapi kenapa sebelum ini aku tak menangis ?"
"Kerana sebelum ni kau sibuk dengan hiburan, jadi hati kau mati."
"Hati aku mati ?"
"Hati yang mati takkan dapat menangis untuk Al-Quran. Hanya hati yg hidup sahaja yang dapat menangis.
Kebelakangan ni kan kau selalu membaca al-Quran, sbb itulah hati kau hidup semula.
Hati yang dihidupkan semula ni, ibarat bayi yang baru lahir.
Bayi yang baru lahir akan terus menangis, walaupun mereka tak tahu apa-apa.
Samalah macam baca Quran tapi tak faham."
Benar kata Harun. Aku rasa sprti bayi yang baru dilahirkan, menangis tanpa sebab.
Tapi...
Sekurang-kurangnya aku tahu yang aku ini hidup..
Bayi atau dewasa..
..orang yang hidup sahaja yang boleh menangis!
-TAMAT-
SHARE jika bermanfaat.
Telegram.me/Idiom4You
YOU ARE READING
Usrah Legend
AléatoireJika kita tunggu nak jadi alim baru nak sampaikan dakwah, sampai bila² lah akan ramai orang yang tersasar jauh dari ajaran islam. kita semua adalah pendakwah. tidak kira sama ada amalan kita baik atau tidak. itu urusan Allah! tak penting siapa kita...