"Baik tak payah pakai tudung kalau akhlak teruk!"
Jap...
Apa kaitan tudung dengan akhlak? Nak tegur akhlak, jangan kaitkan dengan tudung.
Akhlak baik ke tak, tutup aurat tu wajib.
Cuba bayangkan.
Ada orang dia solat, tapi perangai teruk.
Pastu ada orang cakap:
"Baik tak payah solat kalau perangai teruk..."
Sebenarnya, perkataan macam nilah yang membuatkan orang yang nak berubah tak jadi nak berubah.
Tak tutup aurat tu dosa.
Akhlak buruk tu pun dosa.Tapi, kalau dia akhlak buruk, kenapa nak suruh dia bukak tudung pulak? Kenapa nak suruh dia buat dua dosa??!
Tak solat tu dosa.
Akhlak buruk tu pun dosa.Takkanla sebab dia akhlak buruk, kita nak suruh dia supaya tak solat? Kenapa nak suruh dia buat dua dosa?
So, apa nak buat?
Saya cadang, kalau seorang perempuan tu bertudung, tapi akhlak dia teruk, tegurlah akhlak dia, jangan kaitkan dengan tudung. Tak payah suruh dia cabut tudung.
Isu akhlak ni, orang pakai tudung atau tak pakai tudung, dua-dua ada masalah. Dia akhlak buruk bukan sebab dia bertudung atau tak. Tapi, memang dia ada la masalah yang menyebabkan dia berakhlak sebegitu.
So, jangan kaitkan akhlak dengan tudung.
Ataupun, ada yang guna ayat:
"Harap je pakai purdah, tapi couple. Baik tak payah pakai purdah..."
Ada satu ayat yang lagi tah apa-apa saya pernah jumpa:
"Kau ni harap je pakai tudung, tapi perangai serupa kafir. Baik kau murtad ke la..."
??
Seriusly.
Nak tegur orang, kena bijak.
Jangan di sebabkan teguran kita tu membuatkan seseorang tu rasa benci dengan kebaikan, lalu meninggalkan kebaikan tersebut.
Awasi kalam.
Teguran ini untuk semua termasuk kami.
Kami sendiri pun tak sempurna dan banyak kelemahan.
Kerana itu, sama-sama kita menegur.
Dan....
Kepada perempuan yang pakai tudung, pakai jubah, tudung labuh, purdah dan lain-lain, ingatlah..
Pakaian yang terbaik ialah TAQWA.
Jagalah taqwa kalian.
Hadirkan sifat malu dalam diri.
Hiasi diri dengan amal dan akhlak yang suci.
Awasi diri dari fitnah-fitnah yang boleh merosakkan diri.Muliamu wanita kerana islam.
Peganglah islam erat-erat dalam setiap apa yang kalian ingin lakukan.
YOU ARE READING
Usrah Legend
RandomJika kita tunggu nak jadi alim baru nak sampaikan dakwah, sampai bila² lah akan ramai orang yang tersasar jauh dari ajaran islam. kita semua adalah pendakwah. tidak kira sama ada amalan kita baik atau tidak. itu urusan Allah! tak penting siapa kita...