Semua dari kita ada berbagai jenis kisah silam. ada yang baik kisah silamnya dan ada yang buruk kisah silamnya. okay. saya kupas satu persatu.
1. KISAH SILAM BURUK
ada berbagai jenis kisah silam yang buruk. sesiapa yang ada kisah silam yang buruk ni dia lebih takut untuk mengenali dan menerima ajnabi dalam hidup dia. terutamanya nak dijadikan suami. kenapa ? mereka risau jika suami mereka akan sedih , sakit hati bila mengetahui hal silam mereka.
Wahai hamba Allah ,
Jangan risau. Allah ada bersamamu. Jika kamu bertaubat dan menyesali perbuatanmu yang lalu Allah akan mengampunkan kamu. Malah , in shaa-Allah. Allah akan utuskan kepadamu lelaki yang baik dan lelaki yang akan menerima kamu seadanya.2. KISAH SILAM BAIK
Sesiapa yang ada kisah silam yang baik , hidupmu beruntung kerana tiada cacat cela di hari lepasmu. Tapi , ingat! jika kamu mencela , mencaci org yang mempunyai kisah silam yang buruk , sedarlah diri bahawa RIAKNYA KAMU.Kenapa saya perkatakan kamu RIAK?
Adakah kamu tahu , sesungguhnya ada dikalangan mereka yang mempunyai kisah silam yang buruk itu amat amat menyesali perbuatan mereka sehingga mereka tidak henti-henti meminta keampunan pada Allah. sedangkan kamu yang mempunyai kisah silam yang baik , lupa pada Allah dan mula lupa diri. Siapa kamu mahu meghukum mereka ? adakah kamu tuhan ? adakah kamu malaikat yang tidak terlepas dari melakukan dosa?
jawapannya TIDAKKepada mereka yang mempunyai kisah silam yang baik , adakah kamu menjamin bahawa masa akan datang kamu tidak terlepas dari melakukan perkara yang buruk ? kamu boleh menjamin sebegitu ? Tidak boleh bukan ? Siapa sangka yang mempunyai kisah silam yang baik pada masa akan datang dia akan membuat dosa yang besar berbanding mereka yang mempunyai kisah silam yang buruk ? dan mereka yang mempunyai kisah silam yang buruk siapa sangka darjatnya lebih tinggi disisi Allah.
Kesimpulannya , sebagai seorang islam , janganlah kita cepat menghukum seseorang. tanamkan dalam jiwa dalam hati bahawa jangan pernah riak dgn orang lain. Jangan cepat menilai seseorang kerana kisah silamnya buruk. Malah , bantulah , bimbinglah dia ke jalan Allah. Wallahualam. Sekian
YOU ARE READING
Usrah Legend
RandomJika kita tunggu nak jadi alim baru nak sampaikan dakwah, sampai bila² lah akan ramai orang yang tersasar jauh dari ajaran islam. kita semua adalah pendakwah. tidak kira sama ada amalan kita baik atau tidak. itu urusan Allah! tak penting siapa kita...