Hidayah Ditarik 🔥
Serious, kalau boleh kasi sound effect, memang saya dah kasi, yang bunyi seram tu.
First of all, apa yang awak semua fikir bila baca hidayah ditarik ni? 😰
Means seseorang tu daripada baik kepada jahat .
Atau lebih tepat , Daripada kuat ibadah kepada kosong ibadah .
From hero to zero
Yes, tak ramai kupas soal ni. Sebab mungkin mereka dah istiqamah dalam beribadah. Dan mungkin ada yang tak perasan istilah hidayah ditarik ni.
Persoalannya, kenapa terjadi hidayah ditarik ni?
Sebab hidayah ditarik 🔥
➡ M A L A S
Pada awalnya mula² terima hidayah, semua amalan dia buat. Tapi bila dah rasa diri terlalu baik, mulalah rasa nak buat jahat.
"Tinggal solat la harini, selalu asyik solat je"
Allahu 😰 Moga dijauhkan 😭
➡ D E R H A K A
Tak kira, sama ada derhaka kepada guru atau derhaka kepada ibu bapa.
Derhaka ni tak tunggu kelar leher ke apa, dh melawan cakap ibu tu pun dah derhaka.
Redha Allah datang bila ibu bapa dan guru kita redha. Ingat selalu.
➡ M A K S I A T
Allah tarik hidayah bila kita dah sebati dengan maksiat.
Maksiat bermaksud kesalahan/dosa
Bila diri ni selalu buat dosa, makan amalan terhapus, dosa meningkat. Maknanya kita cuba menutup pintu hidayah kita. Sedangkan hidayah datang kepada orang yang bersedia menerima hidayah.
➡ D U N I A
Kita terlalu seronok dengan dunia, yang sebenarnya langsung tak menjanjikan apa-apa.
Seronok dengan kemewahan dunia, sampai ibadah kita mula buang ketepi.
Sampai tarbiah kita langsung takde masa nak cari.
😭💔
➡ L E T I H
Kita dah letih jadi baik, nak cuba jadi jahat.
Nak cuba tinggal solat.
Nak cuba lupa Allah.
Nak cuba buat maksiat.
Nak cuba freehair.
Nak cuba layan porno.
Nak cuba buat semua yang kita tak pernah buat ‼* repeat infinity *
Selayaknya kita sedar, kalau kita tinggal Allah, semua akan tinggalkan kita. ⚡
Lepas dah sedar yang hidayah kita sebelum ni dah ditarik, apa yang kita kena buat? Takkan selamanya nak kena tarik ?!
✅ H I D A Y A H
Cubalah cari hidayah. Buka pintu hati biar hidayah senang masuk.
✅ I B A D A H
Paksa diri buat ibadah, biar kita rajin buat ibadah dan insyaAllah, hidayah tak merajuk dah dan datang balik kat kita 😌
✅ B E R D O A
Doa itu senjata orang muslim, menghubungkan kita dengan Allah, kalau tak berdoa, kita nak contact Allah dekat mana?
✅ K H I L A F
Mengakulah segala khilaf kita dan cuba perbaiki diri kita supaya tak ulangi kesilapan lalu. Perbanyakkan muhasabah diri.
📖 Bagi yang masih istiqamah
Alhamdulillah sebab awak semua masih boleh bertahan walaupun kadang rasa nak kecundang jugak kan?
Kalau rasa macam dah ada aura malas beribadah tu, tolong, berdoalah kepada Allah, tingkatkan lagi ibadah 😊
📖 Bagi yang baru nak hijrah
Bro, Sis,
Jangan takut, hijrahlah. Hidayah dah tegur tu, jaga hidayah elok-elok.
Kalau rasa awak tak mampu istiqamah lepas hijrah, awak rapatkan lagi diri dengan Allah
📖 Bagi yang nak hijrah kembali selepas hidayah ditarik
Yes, baliklah ke jalan yang benar. Balik. Lepasni jangan merayau-rayau dah. Jenuh hidayah nak cari
Kesimpulannya, jangan mudah putus asa di jalan Allah, teruskan berhijrah, dan sentiasa berdoa agar dikurniakan hidayah ☺ cepat2 bertaubat dan balik semula ke landasan yg benar.. Wallahualam
Assalamualaikum 🌼
YOU ARE READING
Usrah Legend
DiversosJika kita tunggu nak jadi alim baru nak sampaikan dakwah, sampai bila² lah akan ramai orang yang tersasar jauh dari ajaran islam. kita semua adalah pendakwah. tidak kira sama ada amalan kita baik atau tidak. itu urusan Allah! tak penting siapa kita...