Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Semoga semua dalam keadaan baik-baik ye.
Salam.
Apa itu salam?
Salam ialah mendoakan kesejahteraan untuk orang lain.
Assalamualaikum
Peace be upon you
Selamat sejahtera ke atas kamuKelebihan memberi dan menjawab salam ini ialah akan diturunkan kedua-duanya 100 rahmat.
90 ke atas si pemberi
10 ke atas si penjawab
Allahu banyaknya. 😍 Jadi kenapa kita tak rebut untuk memberi salam?
Rasulullah SAW selalu memberi salam kepada sesiapa sahaja yang dia jumpa. Bagindalah yang akan mula bagi salam. Sampaikan ada sahabat yang menyorok sebab nak berebut bagi salam.
@teamusrahlegend #teamusrahlegend #TULtazkirah
Adab memberi salam ini ialah antara
❗️Orang yang berkenderaan kepada pejalan kaki
❗️Pejalan kaki kepada orang yang duduk
Orang sedikit kepada ramai
❗️Orang muda kepada tuaUcapkanlah salam dengan nada yang agak tinggi supaya orang yang kita beri salam tu mendengar. Takutnya bila kita beri salam dengan nada yang low, dia tak dengar dan kita cop dia sombong. 😶
Ucapan salam ini adalah SUNAT
dan menjawab salam adalah WAJIB
Ucapkanlah salam kepada kanak-kanak sebagai pendidikan sejak kecil lagi
Dan ucapkanlah kepada orang yang tidak kenal
Sesiapa yang dekat dengan Allah akan suka untuk memberi salam
Dan sebaliknya, orang yang kedekut ialah orang yang tak bagi salam kepada orang lain.
Dan diingatkan, tiada istilah menjawab salam dalam hati.
Wallahu'alam 🌼
YOU ARE READING
Usrah Legend
De TodoJika kita tunggu nak jadi alim baru nak sampaikan dakwah, sampai bila² lah akan ramai orang yang tersasar jauh dari ajaran islam. kita semua adalah pendakwah. tidak kira sama ada amalan kita baik atau tidak. itu urusan Allah! tak penting siapa kita...