IKHTILAT

102 7 0
                                        

🤔 Apa itu ikhtilat?

"Ikhtilat ialah pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi."

Apa-apa pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi sama ada di alam maya seperti :
📱Whatsapp
📱Facebook
📱Instagram
mahupon realiti seperti :
📚 di tempat belajar
💼 di tempat kerja
🚌 di stesen bas
dan sebagainya...

🤔 Apa Hukum Ikhtilat.

Hukum asalnya adalah "HARAM"

Allah berfirman dalam al-Quran.
ولاتقربواالزنا
[Surah al-Isra' : 32]

Ertinya : Dan janganlah kamu menghampiri zina.

😡 Allah tak cakap jangan melakukan zina, tapi Allah cakap jangan menghampiri zina.
😡 Ini bermakna, bukan berzina je dosa dan Allah larang, tetapi MENGHAMPIRI zina juga DOSA dan Allah LARANG.

🤔 Apa perkara yang menghampiri zina?

Imam Syauqi dalam syairnya menyebut, mendekati zina ada 7 jalan iaitu :
✏ pandang-pandang
✏ senyum-senyum
✏ bagi salam
✏ bersembang
✏ buat temu janji
✏ berjumpa
✏ berzina

Tetapi ada beberapa perkara yang diHARUSkan ikhtilat

🕊 Ketika darurat.
---> darurat ialah suatu keadaan di mana jika tidak berikhtilat akan memudaratkan sesuatu keadaan tersebut.
---> cth, seorang perempuan tgh lemas, dan ada lelaki nak selamatkan, maka ia jadi harus.

🕊 Hajat.
---> Hajat yg memerlukan pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk mencapai hajat tersebut, yang mana jika tidak berikhtilat, hajat tersebut tidak dpt diselesaikan.
---> cth dalam urusan jual beli barang, urusan di mahkamah, urusan perubatan, dakwah dan sebagainya.

TETAPI isu hajat ini perlu mematuhi syarat-syarat spt berikut:
🖌 tundukkan pandangan [surah an-Nur: 30-31]
🖌 tak boleh berkhalwat (mestilah ramai, bkn berdua)
🖌 jaga jarak
🖌 dlm keadaan serius
🖌 tak boleh berbincang sampai larut malam
🖌 jaga tingkah laku & sebagainya...

🤔 Apakah kekeliruan dalam ikhtilat?

1⃣ gunakan alasan 'Ukhwah'

Syarat ukhwah ialah mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Cth, mengunakan alasan ukhwah utk gelak ketawa, jalan sama-sama, berbalas chat, comment dan sebagainya.

Rapat bukan 'ukhwah', tetapi 'ikhtilat'

Bukti ukhwah adalah menjaga ikhtilat walaupon tak rapat.
Bukti ukhwah juga adalah sejauh mana kita menegakkan syiar Allah, menegakkan agama Allah.

2⃣ gunakan alasan 'dakwah'

Ini sangat BAHAYA!
menggunakan alasan 'dakwah' untuk melakukan 'dosa'

Sebagai contoh, seorang lelaki call perempuan tgh malam dengan alasan mengajak untuk tahajjud sedangkan rakan sebiliknya or ahli keluarganya tak dikejut. Hal ini kerana dia sudah mula suka akn perempuan tersebut dan ingin mendekatinya.

Tapi pada hakikat sebenar dakwah sesama jantina lebih efektif berbanding lain jantina.

Wallahu'alam 🌼

Usrah LegendTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang