LEADERSHIP

103 6 1
                                        

Ketua atau orang yang berjawatan. Mereka ini membawa satu amanah yang berat. Sungguh, tidak ada yang lebih berat di dunia ini daripada amanah.

Semakin besar pangkat kita, semakin berat tanggungjawab kita.

Allahu :') Jika sebut pasal amanah atau tanggungjawab, terus terasa berat bahu mahu memikul tapi ingatlah, orang beri kita tanggungjawab sebab orang tahu kita mampu pikul. Jangan biarkan mereka kecewa.

Being a leader is not about famous but it is about responsibility.

Ada sesetengah orang tu sanggup buat baik sebab nak pangkat yang tinggi. Tapi bila diberi pangkat tinggi, kerja pun tak buat. Ke mana perginya tanggungjawab?

Memang antara kita ni ramai yang punya pengalaman, ada yang kawan dia begitu, ada yang dia sendiri begitu. Sedarlah. Tanggungjawab bukan mudah, bukan nak suruh awak semua undur diri daripada jawatan tapi nak suruh awak semua sedar dan cuba buat yang terbaik.

Nak jadi leader yang mantap?

❣ Kita kena kenal ahli kita

👉🏻 Biarlah kita kenal ragam masing-masing. Tapi kalau ramai, kita kenal sesetengah, try to be their best friend kalau boleh. But remember that, jangan terlalu rapat nanti kita akan rasa berat hati untuk kenakan hukuman dan orang akan cop yang kita ni pilih kasih

❣Soft but strict

👉🏻 Jadilah seseorang yang boleh dibuat kawan tetapi tidak dipijak orang.

Ingatlah bahawa a good leader is someone yang tegasnya tidak dibenci, baiknya tidak ditindas.

❣Mind your language

👉🏻 Watch your word. Think before talk. Dalam memberikan arahan, tapi ada yang tak mendengar, jangan gunakan kata-kata kesat. Jika dia degil sekalipun, tinggikan suara tetapi lembut dalam berbicara. Ingat, kalau something bad word keluar daripada mulut kita, susah orang nak lupakan dan mungkin orang itu akan simpan dendam.

❣Be responsible

👉🏻 Seriously, ini paling penting. Kalau jadi leader yang tak bertanggungjawab, satu kita akan dikeji masyarakat, dan yang kedua, memang Allah tak suka orang yang abaikan tanggungjawab.

Sebab itu tanggungjawab/amanah itu berat, tiada makhluk yang sanggup menerima amanah kecuali manusia :')

Kesan jika jadi leader yang baik ❓😊

Tentu sekali akan disukai masyarakat. Siapa je yang tak suka orang yang baik kan? Dan orang akan cop yang kita memang layak pegang jawatan.

Tapi susah kan nak jadi leader yang baik?

Jadi cubalah perlahan-lahan jadi leader baik. Tak perlu drastik. Leader yang baik bukanlah yang beri rasuah tetapi yang lakukan amanah dengan sebaiknya. Tapi jangan terlalu over hingga orang tak suka.

Kalau ada yang dengki dengan kita sebab kita leader yang baik, ajaklah dia buat kebaikan jugak.

Kesan jika jadi leader yang melepaskan tanggungjawab ❓😩

Sungguh, takde yang suka :')
Kenapa susah nak tunaikan tanggungjawab? Mahu abaikan sekarang biar nanti kena soal dalam kubur sebab abaikan tanggungjawab? Kalau tak mampu, cubalah slow talk supaya pilih orang lain. Daripada kita disoal oleh para malaikat.

Tanggungjawab bukannya senang bagi orang yang mengambil berat, tapi senang bagi mereka yang ambil mudah.

Kesimpulan :

Cubalah jadi pemimpin yang terbaik, yang mampu membimbing semua rakan, yang mampu menyelesaikan masalah orang, yang mampu berkomunikasi dengan lancar. Kalau kita buat yang terbaik tapi orang still benci, ok it's not your fault anymore, just let them.

Ingat pesan saya,

Jadi pemimpin yang tegasnya tidak dibenci, lembutnya tidak ditindas.

Wallahualam❤

Usrah LegendTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang