MUHASABAH

60 2 0
                                    

بسم الله الرحمن الرحيم 🌼

Bila kali terakhir kita muhasabah diri sendiri?

Bila kali terakhir kita hitung dosa diri sendiri?

Kenapa perlu muhasabah?

Sebab kita akan rasa jijik bila terkenangkan balik dosa-dosa yang telah dilakukan dan tak akan mahu balik lagi ke waktu dulu.

🌹Dan hakikatnya muhasabah merupakan proses yang paling penting sebelum kita nak perbaiki diri, dan nak berubah.

KENAPA?

💞 kerana setiap kali kita muhasabah balik diri kita, kita akan tahu kekurangan yang perlu diperbaharui. Kita akan tahu dimana bahagian yang perlu diubah. Dan yang paling penting, kita akan sentiasa mengingatkan diri kita adalah hamba Allah yang serba kekurangan. (Without Allah, we are NOTHING!)

" Wahai orang orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) ; dan hendaklah tiap tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan." [59:18]

📕Melalui muhasabah, kita dapat membersihkan jiwa dan menyucikan diri. Ini kerana, kita akan dapat melihat dan merenungi tentang apa-apa yang dikerjakan oleh kita, apakah perkara yang kita lakukan adalah perkara baik atau buruk.

📖 Ibnu Kaatsir pernah berkata,

"Bermuhasabahlah kalian sebelum kalian dihisab, lihatlah apa yang telah kalian simpan untuk diri kalian dari amal soleh untuk hari kebangkitan kalian, dan untuk hari di mana kalian akan dihadapkan pada Allah swt."

Terdapat dua kaedah dalam muhasabah:

✅Pertama : Muhasabah Sebelum Mula

Maksudnya ialah kita perlu muhasabah diri kita setiap kali kita nak melakukan sesuatu perkara. Ambil masa sejenak, tarik nafas.
Basically terdapat beberapa tingkatan muhasabah sebelum beramal iaitu:

1) Tanya pada diri, "apakah amal yang akan dilakukan ini benar benar mampu untuk dilakukan atau tidak?"

2) Tanya pada diri, "apakah amal yang hendak dilakukan ini baik atau buruk?"

3) Tanya pada diri, "apakah amal yang hendak dilakukan ini untuk mencari redha Allah atau tidak?"

✅ Kedua : Muhasabah Selepas Selesai

-Muhasabah selepas selesai melakukan sesuatu perkara juga terdapat beberapa tingkatan antaranya:

1) Tanya pada diri setiap perkara wajib,
"adakah kita melaksanakan perkara wajib dengan penuh kesempurnaan atau terdapat banyak kekurangan?"

2) Tanya pada diri, "adakah kita buat perkara yang dilarang?"
Sekiranya kita ada melakukan perkara yang dilarang, hendaklah kita bertaubat, dan beristighfar.

3) Tanya pada diri, "adakah kita lalai melakukan sesuatu perkara yang sepatutnya kita lakukan pada hari itu?"

🌹Akhir kata, jadikan muhasabah diri sebagai rutin harian. Bila kita ada objektif untuk berubah jadi yang lebih baik. Kenapa tak letakkan keyakinan diri supaya kita senantiasa bermuhasabah agar kita dapat mempertingkatkan amal kebaikan untuk menggapai redha Allah.

Wallahu'alam 🌼

Usrah LegendWhere stories live. Discover now