BAB 1- PERMULAAN KEBAHAGIAAN SEMENTARA

361 16 0
                                    

"Ahahah..seronoknya main benda ni..Apa namanya benda ni Ammar?"

"Entahlah..Aku pun lupa apa nama buah ni..Ahh lantaklah..Yang penting kalau baling kat orang ni mesti best..Dan orangnya adalah.."

Hanim yang sedari tadi leka mengutip buah-buah kecil tersebut dengan segera berpaling ke arah Ammar dan...

"Aduhh..terkejut aku tahu tak!" Marah Ammar.

"Ahahah..nasib baik aku sempat baling dulu,kalau tak mesti aku yang kena kan",Hanim pantas mengenakan Ammar sebelum dia sendiri yang terkena.

"Tahu takpe..hahahah.." seloroh Ammar.

Mereka berdua bergelak ketawa dengan begitu riang sekali seperti tiada apa yang membimbangkan mereka.Hanim dan Ammar sangat rapat sewaktu mereka masih kecil sehinggakan batas antara mereka telah menjadi seperti adik-beradik.Cuma Hanim masih tidak jelas sama ada perhubungan mereka itu seperti adik dengan kakak ataupun kembar.Ammar adalah anak kepada Mak Lang,iaitu kakak kepada ummi Hanim.Ammar ialah sepupu kepada Hanim dan berusia lebih muda setahun daripada Hanim.

Hanim dan Ammar selalu bercakar macam anjing dengan kucing.Tapi,ada sesetengah masa tu mereka berdua sangat baik antara satu sama lain.Ini menyebabkan mereka berdua selalu diejek oleh saudara-mara terutamanya Mak Lang dan umminya sendiri.Mereka diberi gelaran 'pasangan kekasih yang sedang bahagia'.Hanim tidak pernah suka dengan pernyataan yang sering dikatakan oleh ummi dan ibu saudaranya itu.Hanim sudahpun menganggap Ammar sebagai adik-beradiknya sahaja dan tidak pernah terdetik sedikitpun di hatinya untuk merasakan lebih dari itu.

Yang Ammar ni pula,tidak pernah memberikan sebarang respon terhadap apa-apa yang diperkatakan oleh Mak Lang dan ummi.Dan disebabkan oleh itu,tiada siapa yang tahu apakah yang terkandung didalam isi hati Ammar.

Hari berganti hari,waktu berganti waktu...
Ammar sudahpun berganjak ke satu fasa dimana dia akan mengalami proses keremajaan.Di samping itu,Hanim sentiasa gelisah apabila memikirkan keadaan ini.Ini kerana Hanim akan pergi ke sekolah bersama dengan Ammar..setiap hari! Ammar pula hanya menunjukkan riak muka yang tidak berperasaan,kerana tidak tahu apakah yang sedang bermain di fikiran Hanim.

Pada mulanya,Ayah Lang,iaitu ayah kepada Ammar,akan menghantar mereka sehingga ke pintu pagar sekolah.Hanim berasa segan apabila dia terpaksa berjalan bersama Ammar memasuki ke kawasan sekolah.Hanim sendiri pun tidak faham mengapa dia berasa begitu segan apabila bersama dengan Ammar sedangkan Ammar bersikap santai saja.

Abang Ke Adik???Where stories live. Discover now