BAB 29 - PERISTIWA DI WAD

84 3 0
                                    

"Ammar, bangun. Saya Doktor Haliza ingin memeriksa keadaan awak. Bangun, Ammar", lembut saja Hanim melihat Doktor Haliza mengejutkan pesakitnya. Untung siapa saja yang sudah menjadi suaminya.

Terpisat-pisat Ammar bangun dari tidur. Doktor Haliza menghulurkan tisu basah kepada Ammar untuk lap mukanya supaya dia kembali segar. Ammar masih tidak sedar akan kehadiran Hanim, jadi dia bersikap bersahaja.

"Kaki awak sakit lagi? Kepala sakit?"
"Kepala dah tak sakit tapi kaki still sakit sikit. Tapi kan doktor, betis saya tak cedera, bahagian buku lali dan tapak kaki je yang teruk kan. Kenapa balut sampai betis?"
Hanim hanya mendengar perbualan mereka berdua.
"Ouh, kami balut hingga betis untuk memberi sokongan kepada kaki awak tu. Barulah tak lenguh sangat."
"Ouh, macam tu. Bila saya boleh jalan semula?" tanya Ammar dengan teruja.
"Hmm..awak ni memang ajaib. Imbasan x-ray menunjukkan tulang kaki awak tidak hancur teruk sebagaimana imbasan x-ray kali pertama di wad kecemasan. Darah juga banyak mengalir keluar namun disebabkan oleh semangat yang kuat awak berjaya beransur pulih dan tidak koma.

Hanim segera menekup mulutnya, terkejut. Dia mengalirkan airmatanya, gembira kerana Ammar rupanya semakin pulih dengan baik.

Ammar terdengar esakan seseorang, lantas dia bertanya kepada doktor, "Erm, mana abang saya?"
"Abang awak dah pergi kerja", jawab Doktor Haliza.
"Habis tu, siapa yang menangis tu?"
"Ehh?" seraya itu Doktor Haliza menoleh, kemudiannya tersenyum ke arah Ammar.
"Bakal isteri awaklah."
Ammar terkejut, 'Hanim ada kat sini?'
"Baiklah, saya keluar dulu ya", pinta Doktor Haliza dan Ammar mengangguk dan mengucapkan terima kasih.

Tapi, Ammar tidak nampak pula kelibat Hanim. Pantas, dia mengambil telefon bimbitnya. 'Ada mesej dari along lah.' Selepas dia membaca mesej tersebut, dia gusar. 'Macam mana aku nak hadap Hanim ni?' bisik hatinya sendiri.

...

"Kenapa awak keluar, Hanim?" tanya Doktor Haliza.
"Saya tak nak menangis depan Ammar", jawab Hanim dengan mata dan hidungnya kemerahan menunjukkan Hanim baru saja lepas menangis.
"Saya gembira Ammar dah semakin sembuh. Saya gembira sangat. Terima kasih, Haliza." Hanim mula menangis semula.
"Jangan berterima kasih pada saya", Hanim keliru, "berterima kasihlah pada Yang-Esa. Dia yang menentukan segalanya", ujar Doktor Haliza dengan senyuman.

Hanim tersenyum dan memeluk Doktor Haliza yang kemudiannya membalas pelukannya. Tutur kata Doktor Haliza amat menyenangkan.

"Masuklah, teman Ammar. Mungkin dia lapar. Kerusi roda dah sedia ada dalam wad tu, bawalah dia ke kafe", arah Doktor Haliza. Hanim mengangguk dan masuk ke dalam wad.

Abang Ke Adik???Where stories live. Discover now