Akhirnya, Fira sudah pun selamat diijab kabul bersama Faris. Masing-masing kelihatan malu-malu kucing. Majlis perkahwinan mereka diadakan secara saja atas permintaan Fira. "Terima kasih Hanim sebab kau sudi datang. Kalau kau takde, tak lengkap hari aku",ujar Fira.
"Alaa..lepas ni Faris pulak yang akan lengkapkan hari kau", kata Hanim sambil melirik ke arah Faris. Fira tersenyum malu.
"Ehh, mana Ammar? Bukan tadi kau datang dengan dia ke?" tanya Fira yang mencari kelibat Ammar, tetapi dia ternampak kelibat orang lain pula. "Dia ikut ea? Naik dengan sape?"
"Satu keretalah. Dah lah, nanti aku bagitau", ujar Hanim.
"Tak payah. Aku dah tahu", sambil itu Fira memandang ke arah suaminya, dengan itu Hanim sudah tahu Faris telah menceritakannya kepada Fira memandangkan Faris bekerja dengan Ammar.
Ammar melambaikan tangan ke arah pengantin dan menunjukkan isyarat yang dia kesuntukan masa. Hanim terus sahaja memeluk erat Fira dan berlalu pergi. Di dalam kereta, Afiq banyak mendiamkan diri dan menumpukan perhatian ke arah pemanduannya.
...
"Hanim, kalau Ammar cakap, Hanim jangan marah taw", kata Ammar sambil menoleh ke tempat duduk belakang.
"Cakap jelah. Kenapa?"
"Hanim pergi cari baju dengan Afiq ye. Ammar sibuk ni. Kena pergi bengkel cepat ni. Mesin rosak", jelas Ammar. Afiq yang sedang memandu terkejut mendengar apa yang diperkatakan oleh Ammar sebentar tadi.
"Tapi, kita kan nak cari sama-sama. Macam mana kalau tak cantik?" tanya Hanim.
"Takpe, Afiq pandai pilih outfit yang cantik. Afiq akan pilih yang paling cantik untuk Hanim. Ammar jamin.", Ammar terus meyakinkan Hanim. Afiq terus berhenti di tepi jalan dan mengajak Ammar berbincang di luar. Afiq merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
"Kenapa Ammar buat macam ni? Hanim benci along tahu tak!" Afiq mula risau.
"Tolonglah along. Ammar banyak sangat kerja. Ammar nak settle semua tu sebelum wedding. Tinggal beberapa hari je lagi. Tolonglah along. Ukuran kita kan sama, so tak ada masalah pun", Ammar memberikan alasan.
Afiq tidak ahu bahawa Ammar mempunyai agendanya yang tersendiri.
"Along hantar je Ammar terus ke bengkel. Lepas tu along pergilah cari baju dengan Hanim", Ammar membuat keputusan. Afiq mengalah dan masuk ke dalam kereta, diikuti Ammar.
Hanim tidak dapat mengagak apa yang dibincangkan oleh mereka berdua.
"Ammar minta maaf ye,Hanim. Ammar bukan sengaja."
Takpe, Hanim faham."
Afiq hanya meneruskan pemanduan menuju ke bengkel Ammar.
YOU ARE READING
Abang Ke Adik???
Short Story"Hanim,awak buat apa tu? Chat dengan pakwe ke? - Afiq 'Kenapalah dia tak pernah tahu yang aku ni tak pernah ada pakwe.Aku simpan hati ni untuk kau sorang je.' - Isya "Bolehlah kita bincang pasal perkahwinan Hanim dengan Ammar." - Mak Lang "Aku...