Hanim sebak melihat keadaan Ammar yang terbaring lemah di atas katilnya. Dia melihat ke arah kaki Ammar yang berbalut daripada betis hinggalah ke hujung kakinya. Ammar masih lagi tidur dengan nyenyak. 'Tal elok ganggu orang sakit. Baik aku tunggu dia bangun.'
'Along tak mampu halang dia, Ammar. Along memang tak nak sakitkan hati dia. Memang along nak berbaik semula dengan Hanim, tapi bukan dengan cara ni', Afiq menghantar mesej ke telefon bimbit Ammar. Dia tak sanggup melakukannya, ianya seperti menjadi perampas. Afiq tak mahu dilabel begitu.
Sepanjang perjalanannya menuju ke bangunan pejabat Zcars Holding, dia asyik memikirkan mengenai pengeluaran produk terbaru syarikatnya. Selama Afiq bekerja di situ, dia telah menghasilkan sebuah produk yang dilabel model Lantana. Jadi, selepas beberapa tahun produk tersebut dipasarkan, dia perlu mencipta produk terbaru yang lebih cekap dan efisien. Dicentra, itulah produk yang bakal dihasilkan pada tahun hadapan. Setibanya di pejabat, Afiq segera memulakan penyediaan rangka kerja untuk produknya. Staf-staf di bangunan tersebut hairan melihat semangat majikan mereka di pejabat hari ini.
Walaupun tadi dia telah dikejutkan dengan kelakuan Hanim yang kasar dengannya, namun dia perlu bijak dalam mengendalikan urusan kerja dan urusan peribadi.
...
'Tok...Tok...'
Doktor Haliza masuk ke dalam wad untuk memeriksa keadaan Ammar. Ammar masih lagi tidur."Ahh doktor.."Hanim terkejut, tidak sedar akan keadaan Doktor Haliza. Doktor Haliza hanya tersenyum.
"Tak payah panggil doktor, Haliza je", ujar Doktor Haliza.
"Ah ya. Awak nak buat check-up ya? Saya keluar dulu ya", ujar Hanim menghormati tugas Doktor Haliza.
"Ya, tapi awak boleh je duduk kat sofa tu. Awak ni bakal isteri Ammar ya?", tanya Haliza inginkan kepastian agar dia tidak tersalah cakap nanti.
Tanpa ragu-ragu Hanim mengiyakan.
"Boleh saya tahu mana Afiq?"tanya Doktor Haliza.
"Saya tak tahu. Mungkin dia sudah ke tempat kerja", jawab Hanim acuh tak acuh, namun masih dalam nada yang sopan.
"Ouh, jadi awaklah yang ganti untuk jaga Ammar", sekali lagi Hanim mengiyakan. Tujuannya yang sebenar hanyalah ingin melawat, tapi bagus juga sekiranya dia dapat menjaga Ammar di hospital."Doktor..ehh..Haliza..awak ni kawan Faris ye?"tanya Hanim. Doktor Haliza yang baru sahaja ingin mengejutkan Ammar, terhenti dan menoleh seraya mengangguk dengan senyuman.
"Kenapa saya tak nampak pun awak masa wedding Faris?" Doktor Haliza hanya tersenyum. "Saya pun ada wedding pada hari tu. Tapi, dia buat kat KL and saya buat kat Perak, sebab tu saya takde. Kebetulan", Doktor Haliza hampir tergelak."Memanglah kawan baik dari kecik, sampaikan dah besar, wedding pun buat pada hari yang sama", tambah Dotor Haliza dan Hanim turut tergelak kecil.
"Okaylah, saya nak kejut Ammar ni. Nak periksa keadaan dia", Hanim hanya mengangguk dan memerhati.
YOU ARE READING
Abang Ke Adik???
Short Story"Hanim,awak buat apa tu? Chat dengan pakwe ke? - Afiq 'Kenapalah dia tak pernah tahu yang aku ni tak pernah ada pakwe.Aku simpan hati ni untuk kau sorang je.' - Isya "Bolehlah kita bincang pasal perkahwinan Hanim dengan Ammar." - Mak Lang "Aku...