"Isy, kenapa dia tak angkat call ni? Dari tadi aku call. Mana sayang pergi ni?" rungut Katrina.
Telefon bimbit Afiq tidak berhenti berdering sejak dari tadi lagi. Nama gadis yang terpampang di skrin telefon bimbitnya itu amat dikenalinya dan dia sangat benci akan gadis tersebut. Reena Katrina Binti Dato' Ryan Abdullah. Dato' Ryan yang merupakan seorang mualaf adalah seorang pelabur saham yang amat berpengaruh dan sangat telus dalam pekerjaannya sebagai pemilik sebuah syarikat insurans. Oleh sebab itu, Katrina sering mengambil kesempatan ke atas kekayaan yang dimilikinya dengan berfoya-foya. Katrina pasti sahaja akan mendapat segala yang dia inginkan kerana dia merupakan anak tunggal Dato' Ryan dan isterinya, Datin Qaseh Kaisara. Pasangan suami isteri tersebut tidak mengerti dengan sikap anaknya itu dan mereka juga sudah puas menasihati anak tunggalnya supaya berubah ke arah yang lebih baik.
Katrina pernah mengugut mereka untuk membunuh diri sekiranya dia tidak berjaya mendapatkan Tengku Afiq Zikri sebagai suaminya. Oleh itu, Dato' Ryan sedaya-upaya memujuk Tengku Razak untuk mempertimbangkan hal tersebut. Tengku Razak tidak mahu memusnahkan persahabatan antara mereka yang sudah terjalin sejak dulu lagi, jadi dia memilih untuk mempertimbangkannya walaupun mereka berdua menyedari hakikat bahawa Afiq tidak pernah suka apatah lagi cinta terhadap Katrina. Namun, Tengku Razak tidak akan sekali-kali menjual anaknya demi persahabatannya kerana anaknya lebih berharga. Tengku Razak akan membiarkan Afiq memberikan jawapannya sendiri nanti. Bagi Afiq, Katrina merupakan seorang gadis yang sangat menjengkelkan dan suka menyusahkan orang lain. Namun, Afiq tidak pernah memarahi Katrina secara berhadapan kerana dia tidak mahu memalukan gadis tersebut. Oleh itu, dia sentiasa cuba untuk menolak Katrina dengan cara yang lembut. Akan tetapi, Katrina tidak pernah memahami dan makin berkeras untuk memiliki cinta Afiq. Bagi Katrina, Afiq merupakan suatu cabaran bagi hati dan perasaannya.
Afiq sudah hilang sabar, lantas dia mencampakkan telefon bimbitnya ke lantai pejabatnya hingga hancur berderai. Ini merupakan kejadian kelima akibat daripada perasaan marahnya terhadap Katrina. Katrina adalah punca kepada pembaziran wang Afiq kerana sering membeli telefon bimbit baharu. Afiq baru sahaja bercadang hendak membawa Hanim ke pusat beli-belah pada hari ini, tetapi niatnya terpaksa dibatalkan kerana dia tidak mungkin akan berseronok dengan perasaan marahnya yang masih bersarang di dalam hati. Afiq kemudiannya bangun mengutip sim kad di lantai dan mengarahkan setiausahanya untuk masuk ke pejabat membersihkan serpihan telefon. Petang itu juga Afiq mendapatkan telefon bimbit baharu kerana dia perlu memaklumkan kepada Hanim tentang pembatalan perancangan mereka pada petang itu.
"Hah! Alaa Afiq, kan dah janji nak bawak Hanim pergi shopping hari ni", rengek Hanim.
"Sorry Hanim, Afiq tak sengaja cancel. Afiq ada hal lah, emergency", Afiq terpaksa memberikan alasan.
"So..bila kita boleh pergi cari baju untuk majlis kahwin kakak nanti? Tinggal seminggu je lagi", jelas Hanim. Hanim sangat teruja kerana akhirnya Irma akan mendirikan rumah tangga bersama lelaki yang amat menyayangi Irma. Kakaknya sangat beruntung dan Hanim sangat bersyukur kepada Tuhan kerana kakaknya sudah berjaya mengecapi kebahagiaan yang diimpikannya.
"Ya, Afiq tahulah Hanim. Jangan risau. Apa kata esok Afiq janji datang ambil Hanim kat rumah ye".
"Betul ni janji?"
"Ya, betul janji. Esok kita date betul-betul. Takde sape boleh kacau, okay?"
"Okay Afiq", perbualan dimatikan. Walaupun Hanim tahu hubungan mereka adalah palsu, Hanim tetap ingin merasakan kemesraan bersama Afiq walaupun dia tahu Afiq cuma melayani tidak lebih dari layanan kepada seorang adik.
Afiq sentiasa mengimpikan yang Hanim bukanlah sepupunya kerana sebenarnya telah terdetik perasaan cinta dalam diri Afiq terhadap Hanim. Tetapi, Afiq tahu Hanim tidak mungkin mencintainya kerana mereka adalah sepupu dan Hanim tidak suka berada di dalam keadaan yang mungkin akan mengeruhkan hubungan mereka berdua.
YOU ARE READING
Abang Ke Adik???
Short Story"Hanim,awak buat apa tu? Chat dengan pakwe ke? - Afiq 'Kenapalah dia tak pernah tahu yang aku ni tak pernah ada pakwe.Aku simpan hati ni untuk kau sorang je.' - Isya "Bolehlah kita bincang pasal perkahwinan Hanim dengan Ammar." - Mak Lang "Aku...