BAB 18 - KISAH SILAM I

76 5 0
                                    

"Hai awak. Saya nak tanya arah jalan, saya sesat ni", Faris bertanya pada Fira yang kebetulan lalu di situ.

"Ehh, UM ni kan banyak signboard, takkan boleh sesat?" jawab Fira.

Faris mula menggaru kepalanya, tidak mahu mengalah.

"Hmm okaylah, saya tolong. Awak nak tahu jalan ke mana? Biar saya tunjukkan", Fira akhirnya mengalah.

"Jalan ke hati awaklah", Faris membuat pick-up line, dan tanpa Faris menduga, Fira terus menjawab "Cia cia cia. Lawaknya. HA HA HA." Fira berlalu dengan pandangan yang amat menjengkelkan dan Faris yang tidak langsung menduga keadaan itu, terus sahaja berlalu dengan muka yang merah, malu kerana tidak berjaya memikat Fira.

'Dia ingat aku senang-senang nak tergoda dengan pick-up line. Please...This is Fira okay',Fira tergelak kecil apabila teringat peristiwa tadi. Kalau Hanim tahu ni, mesti dia gelak besar.

...

"Yeke?! Bukan ke kau yang selalu seduce lelaki kat UM ni, kali ni kau pulak yang terkena", Hanim memang gelak besar sampai terduduk atas lantai.

"Aku rasa dia baru masuk kot. Sebab tulah dia berani ngorat aku."

"Yelah, setahu aku, satu kolej tahu yang kau ni suka main-main dengan lelaki. Kau beria ngorat sampai orang tu nak kat kau, pastu kau blah. Memang taklah kaum Adam kat sini nak kat kau. Buat sakit hati je", Hanim masih ketawa tidak berhenti.

"Hey, agak-agaklah cakap tu. Aku terasa taw. Even aku jahat pun, maybe nanti aku dapat yang lebih baik, macam mana? Ternganga kau nanti", Fira pula mengenakan Hanim. Kedua-dua mereka ketawa tanpa henti dan masing-masing kelihatan dungu kerana tiada apa yang hendak dibualkan.

...

Hari demi hari, sudah 3 bulan berlalu semenjak Hanim dan Fira menuntut di UM. Dan pada hari Ahad itu, Fira mengenakan gaun pendek yang nampak ringkas dan berwarna hitam. Fira juga mengenakan segalanya berwarna hitam, dari atas hingga ke bawah. Hanim pelik.

"Kau nak pergi mana ni Fira? Kenapa kau pakai semua hitam ni?" Hanim sempat bertanya sebelum Fira melangkah keluar dari bilik hostel.

"Aku nak pergi berkabung kat kubur ayah aku dan sembahyang. Dah lama aku tak buat semua tu, so hari ni aku nak buatlah" Fira menjawab dengan senyuman dan terus pergi.

Hanim terkedu. Barulah dia tahu siapa Fira sebenarnya.

Dan kebetulan pula, Faris ternampak Fira yang berpakaian serba hitam itu bergerak menuju ke keretanya sambil menelefon seseorang. Dia terdengar bahasa yang digunakan oleh Fira adalah seperti bahasa Perancis. Disebabkan rasa hairan, Faris mengintip Fira.

Abang Ke Adik???Where stories live. Discover now