BAB 26 - DALAM HATI INI

69 3 0
                                    

"Along..."
Suasana sunyi.
"Along........"
"Along...tolong Ammar, along..."
Pintu dikuak dan seseorang masuk ke dalam wad.
"Along!!!"

Serta-merta Ammar terjaga dari igauannya, mengejutkan Afiq yang kebetulan baru sahaja masuk ke dalam wad di mana Ammar ditempatkan.

"Kenapa, Ammar? Nak along panggil doktor ke?" tanya Afiq kerisauan.

"Ammar, kalau along tanya, jangan marah ye."
"Tanyalah."
"Macam mana Ammar boleh cedera macam ni? Teruk sangat ni, Ammar", Afiq mula ragu dengan kecederaan yang dialami oleh Ammar. Dia bimbang sekiranya Ammar cedera disebabkan oleh dirinya.
"Mesin hempap kaki Ammar. Tongkat mesin tu teralih, so bila Ammar alih kaki, mesin tu pun jatuh", Ammar menceritakan hal sebenar. Dia sendiri tidak menduga kejadian tersebut.

 "Ammar malu."
"Kenapa pulak? Malu dengan siapa?"
"Malu dengan Hanim. Ammar dah cacat. Ammar malu kalau dia datang. Along jangan bagi dia datang. Tolong Ammar, along", Ammar meluahkan rasanya.
"Tapi, Hanim mesti..."
"Tak, along. Jangan bagi. Cakap kat Hanim, Ammar tak nak jumpa dia. Ammar benci dia."
"Tapi..."
"Please, along. Demi Ammar", Afiq hanya mengangguk, namun jauh di sudut hatinya, dia kasihan melihat Ammar. Hatinya tidak sanggup melukakan perasaan adiknya sendiri. Baginya, cukuplah sekali di waktu dulu yang menyebabkan adiknya pergi meninggalkan selama beberapa tahun.

...

Hanim pelik melihat tarikh perkahwinannya yang tidak ditunda, sedangkan Ammar masih di hospital dan baru semalam Ammar mengalami kemalangan di bengkelnya. 'Kaki Ammar kan cedera teruk, mesti lambat nak pulih. Tapi...kenapa tarikh ni tak tunda?'

'Tok...Tok...Tok..'
"Boleh ummi masuk? Hanim sibuk ke?" ummi bertanya dahulu sebelum masuk ke bilik anaknya kerana dia tahu anaknya itu masih bersedih terhadap tragedi yang menimpa Ammar. Dia kini sedar, di dalam hati Hanim kini, sudah pun ada tempat untuk Ammar, namun dia perlu memberitahu perkara sebenar. Dia sedar Hanim sedang membelek kalendar, mungkin memikirkan soal tarikh perkahwinannya yang tidak ditunda.

"Ummi...kenapa..."
"Kenapa tarikh kahwin Hanim tak ditunda?"
"Haah...tahu je ummi kan apa yang Hanim nak tanya. Kenapa ea, ummi? Ammar kan sakit..." Hanim meluahkan keraguannya.

"Hanim, ummi ada perkara nak bagitahu Hanim. Tapi, Hanim kena janji dengan ummi, Hanim kena terima segala apa yang ummi cakap ni dengan hati yang terbuka, boleh kan anak ummi", ummi memulakan perbualannya.

Hanim hanya mengangguk dan bersedia untuk mendengar apa yang bakal dikatakan oleh ummi. 

Abang Ke Adik???Where stories live. Discover now