5 bulan telah berlalu...
Ammar sudahpun discaj dari hospital 4 bulan yang lalu dan kini kakinya disimen untuk memudahkan pergerakannya. Ammar senang hati kerana Afiq tidak kisah untuk bergilir dengan Hanim untuk menjaganya di hospital sebelum ini. Sewaktu discaj juga dia ditemani Hanim dan Hanim juga kelihatan semakin gembira bersama Ammar.
Hanim tidak menyangka bahawa orang yang selalu bertikam lidah dengannya yang akan menjadi suaminya. Benarlah kata orang tua-tua, kalau gaduh selalu, alamatnya kahwinlah nanti. Hanim tergelak kecil memikirkan kisah hidupnya. Dia tidak menyangka, sungguh tidak menyangka, hidupnya sudah tertulis oleh takdir bagaikan kisah novel cinta oleh seorang penulis.
Dia bersyukur Ammar sudahpun semakin sembuh setelah 5 bulan berlalu, kini tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk kaki Ammar pulih sepenuhnya. Semua ini kehendak Tuhan, kaki Amar pulih dengan begitu cepat, sehinggakan para doktor turut berasa hairan.
"Hahah..termenung apa tu, Hanim?" ummi menegur dari belakang. Dilihatnya Hanim sungguh ralit memandang ke luar balkoni rumah mereka.
"Ehh, ummi. Ada apa ummi? Hanim tak bukak butik hari ni, nak bawak Ammar pegi jalan-jalan. Bosan", Hanim kembali termenung. Dia sebenarnya tidak terfikir pun untuk membawa Ammar keluar bersiar-siar. Tapi, dia memang bosan dan di butik pun sudah ada pekerja yang boleh menguruskannya, jadi tidak salahkan apa yang diucapkan tadi.
"Ummi tak tanya pun apa rancangan Hanim hari ni. Ummi tanya apa yang dimenungkan tu? Jauh benar nampaknya tu", ummi memerli. Hanim hanya tersenyum.
"Tak lama lagi, anak ummi ni nak mendirikan rumah tangga dah. Tinggallah Adra sorang. Ummi dengar Adra dah ada calon dekat tempat dia belajar tu, ummi pun ingat-ingat lupa."
Hanim tergelak mendengar bebelan umminya itu. 'Dah tua dah ummi ya.'
"Haah..dekat UniTAR. Hmm..tak lama lagi tu Adra pun kahwinlah ummi."
"Nanti sunyilah. Tinggal ummi dengan ayah berdua je. Boringlah. Irma tu tak lama lagi bersalinlah tu. Tak sabar nak main dengan cucu sulung ummi", ujar ummi gembira.
"Haa..cucu sulung bakal tiba kan. Takdelah ummi sunyi nanti", Hanim turut senang melihat umminya gembira.
"Haa kamu tu bilanya nak pergi rumah Mak Lang?" tanya ummi sesudah tersedar waktu sudah berganjak ke tengah hari.
"Haah lah. Hanim hampir lupa sebab borak dengan ummi lah ni. Okaylah, dalam pukul 2 nanti Hanim pergilah",jawab Hanim.
Sudah sekian lama mereka tidak berbual rancak. Ummi senang melihat Hanim sudah hampir untuk mengecapi kebahagiaan yang akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.
YOU ARE READING
Abang Ke Adik???
Short Story"Hanim,awak buat apa tu? Chat dengan pakwe ke? - Afiq 'Kenapalah dia tak pernah tahu yang aku ni tak pernah ada pakwe.Aku simpan hati ni untuk kau sorang je.' - Isya "Bolehlah kita bincang pasal perkahwinan Hanim dengan Ammar." - Mak Lang "Aku...