Tengku Afiq Zikri amat berpotensi untuk menjadi pengurus di Zcars Holding. Itulah yang dilihat oleh Tengku Razak terhadap anak sulungnya itu. Berbanding pula dengan anak keduanya, lebih tepat lagi anak bongsunya iaitu Tengku Ammar Zikri yang suka berfoya-foya sedangkan dia masih bersekolah. Mujurlah anaknya itu bijak, jadi Tengku Razak tidaklah terkilan sangat akan sikap anak bongsunya itu. Kedua-dua jejaka tersebut sentiasa mengikuti perkembangan fesyen terkini, tetapi citarasa mereka berdua jauh sekali berbeza, begitu juga dengan sikap mereka. Tengku Afiq Zikri lebih suka mengenakan fesyen pakaian ala-ala 'gentleman' dan manakala Tengku Ammar Zikri pula lebih cenderung kepada 'casual look'. Walaupun begitu, mereka sering memiliki pendapat yang sama dan itulah satu-satunya faktor yang merapatkan hubungan mereka.
Walaupun Tengku Afiq Zikri masih mempunyai tiga semester lagi dalam bidang Pengajian Perniagaan peringkat Ijazah, Tengku Razak sentiasa memberi dorongan untuk mewariskan perniagaannya kepada anak sulungnya sejurus saja dia menamatkan pengajiannya. Keluaran keretanya terbaru syarikatnya, 'Cataleya', telah mendapat sambutan yang hangat dan produk tersebut sedang melalui proses untuk dipromosikan keluar negara. Kenderaan tersebut direka khas bentuknya oleh Tengku Afiq Zikri manakala rekaan dalaman kereta tersebut dibantu oleh adiknya, Tengku Ammar Zikri. Adiknya amat berbakat dalam seni rekaan dalaman automobil kerana adiknya merupakan seorang penggemar kereta mewah. Tetapi, disebabkan oleh adiknya sering berfoya-foya, ayah mereka kurang meletakkan kepercayaan kepada adiknya. Bagi Tengku Razak, masih banyak lagi masa untuk Tengku Ammar Zikri berubah dan belajar tentang dunia sebenar.
Pada setiap cuti semester, Tengku Afiq Zikri akan membantu ayahnya untuk menguruskan syarikat mereka manakala Tengku Ammar Zikri akan melepak di kafe bersama rakan-rakannya.
"Hari ni Afiq tak payahlah tolong ayah kat pejabat. Kerja tak banyak pun dua tiga bulan ni. Pengurusan kereta terbaru tu pun berjalan lancar. Pandai kamu pilih nama kereta tu, Cataleya, nama bunga. Bijak, bijak sungguh anak ayah ni",Tengku Razak memberikan ulasan yang panjang berserta pujian tanpa dipinta oleh Afiq. Afi sekadar mengangguk memandangkakn tiada soalan yang perlu ditanya.
Beep... Beep... Beep...
Bunyi deringan itu cukup membingitkan telinga Afiq. Kebingitan itu cukup untuk menaikkan darah Afiq sehinggakan dia hampir mencampakkan telefon bimbitnya ke lantai. Mujurlah telefonnya mahal dan berharga baginya, jadi dia terpaksa membatalkan niatnya itu.
"Siapalah pulak yang call aku malam-malam buta ni?!"
Terpampang nama seorang gadis yang cukup dikenalinya. Dengan serta-merta darahnya naik membuak-buak sehingga ke kepala.
"Minah ni lagi! Kacau betullah! Dasar perempuan tak faham bahasa!" Kali ini Afiq betul-betul mencampakkan telefon bimbitnya di atas tilamnya yang empuk. Almaklumlah, sayang harta.
YOU ARE READING
Abang Ke Adik???
Short Story"Hanim,awak buat apa tu? Chat dengan pakwe ke? - Afiq 'Kenapalah dia tak pernah tahu yang aku ni tak pernah ada pakwe.Aku simpan hati ni untuk kau sorang je.' - Isya "Bolehlah kita bincang pasal perkahwinan Hanim dengan Ammar." - Mak Lang "Aku...