Hari ini merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup Hanim. Hanim sentiasa mengimpikan suasana seperti ini dan ianya telah pun menjadi kenyataan. Tetapi, lain yang diharapkan, lain pula jadinya.
'Kenapalah aku rasa berdebar ni, takkanlah sebab aku suka sangat kat dia sampai aku pun tak boleh nak bernafas. Belum lagi nampak tuan punya badan. Kalau dah nampak tak tahulah apa yang jadi', bisik hati Hanim sambil membayangkan betapa indahnya saat mereka bersama di pusat beli-belah nanti.
"Hanim, kenapa senyap je dari tadi? Sebelum naik kereta tadi bukan main lagi excited, bila dah on the way senyap pulak. Ke Hanim malu dengan Afiq?" usik Afiq yang sedari tadi memerhatikan Hanim yang kelihatan agak resah. Hari ini Afiq merasakan Hanim kelihatan begitu cantik dengan padanan 'mermaid dress' dan 'shawl cakenis' yang menampakkan Hanim begitu feminin. Afiq sebenarnya agak terpegun dengan penampilan Hanim kerana Afiq lebih suka kepada gadis yang mengenakan gaya yang sopan berbeza dengan Ammar yang lebih gemar melihat gadis yang seksi.
"Macam mana Hanim sekarang? Bila nak sambung study? Erm...pakwe Hanim pulak macam mana?"
'Aduh..Kenapalah dia tak pernah tahu yang aku tak pernah ada pakwe. Aku simpan hati ni untuk kau sorang je.'
Tidak semena-mena Hanim ketawa. "Afiq ni kan, tak pernah terlintas kat fikiran Hanim nak ada pakwe. About study, Hanim nak daftar bulan depan untuk kemasukan bulan Jun dan Julai", kadang-kadang Hanim agak bengang kerana dia sering dikemukan dengan soalan yang sama. Tetapi bagi Afiq, jawapan Hanim sedikit sebanyak memberikan kepuasan dan mampu membuatkan Afiq tersenyum.
Setelah seharian suntuk mencari pakaian yang sesuai untuk majlis kakaknya, akhirnya dia telah menemui 'dress' yang palling diingininya, gaun yang mempunyai konsep 'glamorous illusion' yang berhiaskan berlian tulen yang akan menampakkan si pemakai kelihatan anggun dan elegan. Sampai sahaja di rumah, Hanim terus turun dari kereta dan mengucapkan terima kasih kepada Afiq. Afiq terus memberikan 'flying kiss' kepada Hanim dan segera disambutnya dan diletakkan ke dalam poket begnya. Kemudian mereka berdua sama-sama tergelak kerana mereka berdua tahu ini hanyalah sementara.
Ammar yang memerhatikan dari jauh berasa sungguh cemburu. Dia yang sepatutnya berada di samping Hanim, bukannya Afiq. 'Abang tak layak untuk Hanim. Tak layak.'
Jauh di sudut hati Hanim, dia turut merindui Ammar yang sudah lama tidak menjumpainya. 'Mungkin Ammar sibuk, dengan perempuan kot', bisik hatinya.
'Kenapa kau Ammar, kenapa kau yang aku rindu?'
YOU ARE READING
Abang Ke Adik???
Short Story"Hanim,awak buat apa tu? Chat dengan pakwe ke? - Afiq 'Kenapalah dia tak pernah tahu yang aku ni tak pernah ada pakwe.Aku simpan hati ni untuk kau sorang je.' - Isya "Bolehlah kita bincang pasal perkahwinan Hanim dengan Ammar." - Mak Lang "Aku...