"Hah!"
Terkejut beruk Hanim dibuatnya apabila Ammar mengutuknya dengan perkataan 'sexy-blacky'. Hanim lebih tergamam apabila melihat Ammar sedang memandangnya dari atas ke bawah berulang kali. 'Takkanlah dia nampak apa yang jadi kat aku tadi', Hanim risau.'Yes! Hari ni dapat mandi kolam. Hmm, kalau pakai semua hitam dari dalam sampai luar mesti tak nampak kalau basah. Bolehlah', gumam Hanim. Sejurus saja dia buka almari pakaian, "Alamak! Banyak baju putih lah. Hmm, takpelah, rendam kaki pun bolehlah', keluh Hanim. Nampaknya dia tak bolehlah nak bersuka ria dekat kolam hari ni.
Setiba saja di Gambang Waterpark, Hanim terus saja mengambil tempat di tepi kolam sambil merendamkan kakinya sehingga ke paras lutut. Dia hanya memerhatikan gelagat orang ramai yang sedang menikmati keseronokan bermain air. Di suatu sudut di hujung kolam, Hanim ternampak Ammar sedang cuba untuk mengayat seorang awek, seksilah jugak sebab pakaiannya agak terdedah. Ayah Lang merupakan usahawan pembuatan automobil yang berjaya, telah banyak kereta jenama tempatan keluarannya berjaya dipasarkan di dalam Malaysia dan di luar negara. Kiranya keluarga Ayah Lang lebih kaya berbanding keluarga Hanim. Ayah dan ummi Hanim hanya membuat bisnes tekstil dan agak berjaya juga. Disebabkan oleh kekayaan itulah mudah bagi Ammar untuk mengorat gadis-gadis cantik. Berbeza pula dengan Afiq, Afiq seorang yang kemas dan segak tetapi dia bukan kaki perempuan, itulah sikap Afiq yang membuatkan Hanim tertarik padanya.
Sedang asyik Hanim mengelamun, tiba-tiba ada seorang budak terlanggar belakang Hanim menyebabkan Hanim tergelincir jatuh ke dalam kolam. Habis lencun bajunya menampakkan baju kecilnya yang berwarna hitam. Kebetulan pula, tudung yang Hanim pakai itu agak pendek sebab itulah Ammar boleh nampak bungkusan kuih koci milik Hanim. Tajam juga mata Ammar sehingga boleh nampak Hanim walaupun jauh. Buntang mata Ammar melihat keadaan Hanim itu.
"Woi, Hanim! Kau kenapa, termenung jauh nampak", tersentak Hanim dibuatnya mendengarkan teguran Ammar.
"Aku nampak", bisik Ammar saat dia melintas di sebelah Hanim.
Bulat mata Hanim mendengar kenyataan Ammar tadi. Serta-merta dia menjadi kaku dan fikirannya menjadi blank, kosong. Sehinggalah Irma menerpa ke arah Hanim, "Kenapa ni, adik?"
"Jomlah, kita pergi Secret Recipe", ajak Irma.
Hanim mengangguk. Hanim hanya membontoti langkah Irma. Sepanjang waktu mereka makan hinggalah dalam perjalanan pulang, Hanim hanya mendiamkan diri. Dia melihat Ammar berseronok seperti tiada apa yang berlaku. Hilang keseronokannya pada hari ini.Setiba saja di rumah, Hanim terus meluru ke biliknya dan mengunci tombol pintu. Dia terus baring di atas katil dan menutup mukanya dengan bantal. Hari ini Ammar telah memalukan dirinya secara mental dan Ammarlah punca dia tidak dapat berseronok dengan puas.
'Tak guna kau, Ammar!!!'
YOU ARE READING
Abang Ke Adik???
Short Story"Hanim,awak buat apa tu? Chat dengan pakwe ke? - Afiq 'Kenapalah dia tak pernah tahu yang aku ni tak pernah ada pakwe.Aku simpan hati ni untuk kau sorang je.' - Isya "Bolehlah kita bincang pasal perkahwinan Hanim dengan Ammar." - Mak Lang "Aku...