BAB 10 - MENGEJAR IMPIAN

98 5 0
                                    

Setelah tiga minggu berlalu, kini tibalah maaksanya untuk Isya dan rakan-rakannya menghadapi kertas peperiksaan terakhir mereka, subjek paling killer; Matematik Tambahan.

"Alamak...macam mana ni?? Aku study dah subjek ni semalam. Kenapa hilang pulak ni???" Isya ligat berfikir, otaknya diperah sekuat mungkin untuk menjawab soalan yang terakhir itu.

Kriiiinnnngggg!!!!!!

"Weyh, amacam Addmath? Okay tak?" tanya Aula, tidak menetapkan kepada siapa soalannya ditujukan.

"Okay je", jawab Rozi, Mia, Athi serentak. Isya tidak memberikan sebarang jawapan. Wajahnya sugul sekali. Rozi yang seperti sudah memahami terus memujuk Isya. "Tak apalah Isya. Yang penting kau dah cuba yang terbaik", Isya sekadar mengangguk.

'Bulan Disember', Hanim sedang memikirkan tentang perancangannya sama ada mahu bekerja di gedung kain milik orang tuanya ataupun duduk goyang kaki di rumah banglonya yang tersergam indah, dengan rekaan dalaman yang berkonsepkan tradisional dengan perabot yang berkualiti tinggi.

"Tak sangka pejam celik pejam celik, dah habis sekolah dah anak ayah ni, ada apa-apa perancangan tak lepas ni, Hanim?" tanya ayahnya, Dato'Zaini sebaik sahaja mengambil tempat duduk di sebelah Hanim yang sedang menonton siaran dokumentari. Hanim sudah dapat mengagak soalan ayahnya itu. Agak lama juga ayahnya dibiarkan tanpa sebarang jawapan.

"Hanim nak kerja kat gedung ayah, boleh tak? Hanim rasa bosanlah kalau duduk kat rumah je. Adra ada kem, kakak pulak oversea, nanti tinggal Hanim sorang je kat rumah, tak best lah macam tu. Baik Hanim kerja", akhirnya Hanim bersuara memberikan jawapan kepada ayahnya.

"Boleh, ayah nak Hanim pantau bahagian kerja pemilihan fabrik. Hanim kan mahir dalam bidang ni", ayahnya agak teruja mendengar jawapan anaknya itu. Dia tidak menyangka bahawa anak gadisnya mahu bekerja di gedung. Hanim mengangguk dengan penuh kegembiraan kerana diterima bekerja di gedung kain tersebut, malah terus mendapat tawaran bekerja di bahagian yang paling diminatinya. Sebutlah jenis fabrik apa sekalipun, Hanim pasti tahu.

Hanim amat gigih dan bersungguh-sungguh ketika bekerja sambilan di gedung dan Dato' Zaini berasa kagum dengan ketekunan dan kerajinan yang ditunjukkan oleh anak gadisnya itu. Akhirnya, tiga bulan telah pun berlalu.

Keputusan SPM telah diumumkan dan Hanim mendapat keputusan yang agak memuaskan. Hanim bercadang ingin menyambung pelajaran dalam bidang seni rekaan fesyen. Tetapi, buat masa sekarang, Hanim masih ingin memberikan perhatian terhadap tugasnya di Rosz Textile, gedung kain milik orang tuanya. 

Abang Ke Adik???Where stories live. Discover now