BAB 24 - KENANGAN KITA

60 4 0
                                    

'Maafkan aku, Hanim. Maafkan aku. Walaupun aku sayang kau, tapi aku tahu kau masih cintakan Afiq. Maafkan aku, Hanim. Aku buat semua ni demi perasaan cinta aku pada kau.'

Ammar hanya memandang pemergian mereka dengan hati yang pasrah. 'Aku harap kali kau tak sakitkan hati dia lagi, along. Dia dah banyak merana sebab kau.'

Dalam perjalanan mereka ke butik Hanim, suasana begitu sunyi. Waktu itu, Hanim sudahpun berpindah ke tempat duduk hadapan. Dia teringat akan kenangan di mana dia dan Afiq pernah ke butik terkenal untuk mencari gaun pada hari perkahwinan Irma. Dia terlalu merindui saat-saat indah tersebut. Tetapi, kali ini adalah untuk mencari gaun pada hari perkahwinannya sendiri dan malangnya bukanlah dengan Afiq, tetapi dengan Ammar.

Dia sungguh meragui alasan Ammar. Terlalu sibuk sehinggakan tidak mempunyai masa untuk mencari pakaian perkahwinan bersama bakal isterinya. Hanim sedikit sebanyak agak sedih dengan kelakuan Ammar tadi. Namun, dia tetap tabahkan hati untuk memahami diri Ammar sebaik-baiknya.

'Ting!'

Mesej daripada Ammar kepada Afiq dibaca sebaik saja mereka tiba di butik Hanim. 'Along jangan lupa bawak Hanim makan spaghetti taw lepas cari baju. Ingat, jangan lupa ye!' Selepas dibacanya mesej itu, Afiq terasa dirinya sangat tidak berguna. Dia merasa bersalah yang teramat sangat kerana menerima cadangan Ammar untuk membantunya. Kini, Afiq mengerti tujuan Ammar.

...

'Aku tahu kau tak bersedia, along. Tapi, tolong cuba untuk kebahagiaan korang.' Ammar bermonolog di dalam hati. Afiq pernah memberitahu Ammar, untuk menambat hati Hanim, spaghetti perlulah dihidangkan untuk Hanim. "Tapi, semua tu hanya akan dilakukan oleh bakal suaminya yang sebenar", Ammar menjawab.

"Ehh, kenapa Ammar cakap macam tu? Ammar kan bakal suami Hanim", Afiq agak keliru dengan kata-katanya adiknya.

"Ehh, yelah. Takkan orang lain pulak kan", Ammar tergelak kecil untuk menutup maksud yang tersembunyi dari kata-katanya.

Hanim telah memberitahu Ammar yang dia akan menyediakan pilihan kot dan gaun di butiknya sahaja kerana Hanim tidak mahu menjadi kelam-kabut. Disebabkan itu, Afiq berasa agak segan dengan Hanim.

Afiq yang sememangnya tidak dinafikan pandai dalam memilih pakaian, dia telah selesai memilih kot yang sangat bergaya untuk Ammar. Bagi Hanim pula agak sukar kerana gaun yang disediakan oleh Hanim kesemuanya kelihatan cantik. Setelah beberapa lama menilik, akhirnya dia menemukan gaun yang begitu indah bercirikan 'modern vintage', gaun yang kelihatan ringkas tetapi cukup elegan mampu membuatkan si pemakai kelihatan sangat bergaya dan menyerlah.

Hanim tersenyum melihat gaun yang dipilih oleh Afiq, tidak dinafikan, cantik.

'Sama macam waktu dulu. Aku rindu kau', kedua-duanya bermonolog di dalam hati.

Abang Ke Adik???Where stories live. Discover now