Penantian Ammar sudahpun berakhir. Akhirnya, impiannya tercapai untuk hidup bahagia selamanya bersama wanita yang sangat dicintainya, Hanim. Hanim turut berdebar di saat Ammar melafazkan akadnya itu.
"Aku nikahkan dikau dengan anakku Isya Hanim Binti Zaini dengan mas kahwinnya sebanyak RM300 ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Isya Hanim Binti Zaini dengan mas kahwinnya sebanyak RM300 ringgit tunai", debaran Ammar kini berakhir dan mereka berdua sudahpun sah menjadi pasangan suami isteri setelah para saksi mengesahkan akad nikah mereka.
Mata mereka asyik bertentangan dan kelihatan Hanim seperti malu-malu, begitu juga dengan Ammar. Afiq bersyukur melihat kebahagiaan mempelai itu. Dia lebih rela bersendiri daripada memiliki tanpa rela.
...
10 tahun kemudian...
"Wan! Selamat hari raya! Rindunya Deera dekat Wan dengan Atok!" itulah kerenah anak bongsu Hanim, Deera yang baru berusia 4 tahun. Hanim dan Ammar telah dikurniakan seramai 3 orang cahaya mata. Hidup mereka sungguh bahagia bersama.
"Kak Long pun rindu Wan dengan Atok jugak", masing-masing berebut ingin memeluk wan dan atok mereka.
Kedua orang tua itu hanya tersenyum melihat kerenah anak-anak Hanim dan Ammar yang masih kecil. Anak-anak Irma semuanya sudah besar, jadi mereka lebih cenderung untuk melakukan hal sendiri. Adra pula sedang mengandungkan anak sulungnya bersama suaminya yang dikenali sejak dari universiti.
Dan yang paling mengejutkan, Afiq sudah pun rujuk semula bersama Katrina. Katrina merayu untuk peluang kedua dan Afiq bersetuju kerana silapnya juga tidak memberikan peluang terhadap Katrina sepanjang perkahwinan mereka demi cintanya dulu. Mereka berdua kini sudahpun dikurniakan cahayamata kembar,lelaki dan perempuan. Afiq sangat bersyukur kerana dia juga telah memperoleh kebahagiaan bersama Katrina.
"Assalamualaikum, Hanim! Aku datang nak raya ni!" jerit Fira memanggil teman baiknya.
"Waalaikumsalam. Tak payahlah kau nak jerit macam budak-budak. Kalau anak kau yang jerit takpe jugak", mereka berdua ketawa bersama.
"Kau tak nak bagi kitorang masuk ke? Penat dah anak aku tunggu nak main dengan anak kau", ujar Fira.
"Hahah..masuklah. Silakan Dato dan Datin!" Hanim berseloroh.
"Aikk..tak bertambah pun anak kau, Fira?" gelak Hanim.
"Cukuplah 2 orang je, Hanim. Nanti tak terjaga pulak anak aku nanti. Aku kan sibuk dengan company."
"Yelah kan. Orang bekerjaya", kedua mereka tergelak besar.
Begitulah kehidupan mereka yang akhirnya menemui kebahagiaan yang tersendiri. Tiada siapa dapat mengubah takdir yang sudah tertulis untuk seseorang itu melainkan adanya usaha untuk mengubahnya.
-TAMAT-
YOU ARE READING
Abang Ke Adik???
Short Story"Hanim,awak buat apa tu? Chat dengan pakwe ke? - Afiq 'Kenapalah dia tak pernah tahu yang aku ni tak pernah ada pakwe.Aku simpan hati ni untuk kau sorang je.' - Isya "Bolehlah kita bincang pasal perkahwinan Hanim dengan Ammar." - Mak Lang "Aku...