Sejak peristiwa pergaduhan besar antara Katrina dengan Afiq, mereka kini tidak langsung menegur antara satu sama lain. Katrina amat sedih dan hatinya terguris sehinggakan dia tidak mampu untuk bertentang mata dengan suaminya. Afiq pula hanya bersikap bersahaja dan tidak terlintas langsung di fikirannya untuk meminta maaf dan memujuk isterinya. Tidak dinafikan yang Katrina sudah mula berubah sedikit demi sedikit sejak dia menikahi Afiq, namun Afiq tidak pernah mengambil kisah akan perubahannya. Disebabkan itu, Katrina merasakan perubahannya itu tidak akan mengubah fikiran suaminya untuk menyayanginya, jadi dia kembali menjadi dirinya yang dulu.
Lampu malam berkelip-kelip beserta dengan iringan muzik dj amat melekakan Fira yang sedang seronok menari bersama-sama dengan beberapa orang lelaki di kelab malam yang agak terkenal di KL. Telefon bimbit Fira berdering lalu panggilan itu dijawab sebelum dia mengenalpasti siapa pemanggil tersebut.
"Hello, siapa ni?" keadaan agak membingitkan menyebabkan Fira sukar untuk fokus.
"Hello! Siapa ni?!"
"Ni akulah, Hanim!" Hanim sudah amat memahami sikap kawannya itu, Fira yang suka berseronok tanpa mengira waktu. Tetapi Fira merupakan seorang yang amat boleh diharap, sesuai untuk dijadikan kawan baik. Hanim mengenali Fira sejak dari hari pertama dia menjejakkan kaki ke Universiti Malaya, atau lebih dikenali sebagai UM. Fira merupakan orang pertama yang menegurnya dan kebetulan menjadi teman sebilik Hanim. Oleh kerana Hanim berasa selesa bersama Fira, Hanim pernah mempelawa Fira untuk bercuti bersama ahli keluarganya semasa cuti semester 1. Ahli keluarga Hanim juga selesa dengan sikap Fira yang peramah dan sopan. Fira mengetahui segalanya tentang Hanim dan Hanim juga begitu. Mereka ibarat adik-beradik. Malangnya, Fira merupakan anak yatim piatu dan dia mewarisi syarikat hartanah milik keluarganya. Fira bernasib baik kerana dia amat berkebolehan dalam kerjayanya, jadi syarikat hartanah itu dapat diteruskan dengan jayanya.
"Kau kat mana ni?" Hanim terpaksa menyoal dalam nada menjerit kerana dia tahu Fira pasti sukar untuk mendengar suaranya dalam suasana yang bingit itu. "Aku kat tempat biasalah. Kau ni buat-buat tak tahu ke apa?" Fira hampir tergelak mendengarkan pertanyaan Hanim tadi. Hanim berasa dirinya agak dungu kerana dia sudah akan keberadaan Fira tetapi masih menyoal Fira tentang itu. "Kenapa Hanim? Nak jumpa ke?" soal Fira kembali. "Haah, nak jumpa! Kita jumpa kat tempat biasa ye. Aku tunggu kau", Hanim terus mematikan panggilan setelah Fira menyatakan persetujuannya. Fira dengan segera mengemas barang-barangnya dan menuju ke tempat yang dijanjikan. Walaupun Fira sentiasa berkunjung ke kelab malam, Fira tidak pernah menyentuh air alkohol dan perkara yang paling membuatkan Hanim kagum adalah Fira masih mempunyai dara, sedangkan Katrina sudahpun kehilangan daranya sewaktu dia belum menjadi isteri Afiq yang sah. Itulah yang membuatkan Hanim terkilan dengan pilihan Afiq.
"Afiq, kenapa kau tak dapat melihat mana yang baik dan mana yang buruk? Kenapa kau menjadi buta pada saat itu Afiq? Kenapa hati kau begitu buta dalam membuat pilihan Afiq? Kenapa Afiq?" Hanim teringat akan peristiwa dimana dia sungguh kecewa dengan pilihan Afiq. Namun, Afiq tidak pernah menjawab pertanyaan itu sehinggalah kini. Dia bersyukur kerana Ammar mampu memberikannya peluang kedua dan kini dia sedang berusaha untuk membuka pintu hatinya untuk Ammar.
"Woi! Apasal termenung jauh ni? Ingat kisah silam ke?" Fira sengaja mengusik dan serta-merta Hanim menafikan. Terbuntang mata Hanim melihat pakaian Fira yang berseluar pendek paras paha dan baju T tanpa lengan, senang cerita pakaiannya menjolok mata. Hanim hanya menggelengkan kepala dan Fira tergelak melihat kelakuan Hanim kerana dia tahu maksud gelengan tersebut.
"Saja nak jumpa kau. Nak borak. Rindu kat kau", balas Hanim.
"Eleh, yeke? Aku macam tak percaya je. Mesti ada apa-apa kan?"
Hanim hanya tersenyum kecil dan berkata,"Aku tahulah pasal kau dengan Faris. Pandai kau berahsia ye."
Fira berasa sungguh bersalah. Dia merahsiakannya kerana dia mempunyai sebab yang tersendiri, "Aku bukan apa Hanim. Aku cuma tak nak kau marah. Sebab aku tahu apa yang pernah jadi antara kau dengan Faris."
Hanim berasa pelik kerana dalam banyak-banyak perkara yang mereka kongsi, perkara itu tidak diceritakan.
YOU ARE READING
Abang Ke Adik???
Conto"Hanim,awak buat apa tu? Chat dengan pakwe ke? - Afiq 'Kenapalah dia tak pernah tahu yang aku ni tak pernah ada pakwe.Aku simpan hati ni untuk kau sorang je.' - Isya "Bolehlah kita bincang pasal perkahwinan Hanim dengan Ammar." - Mak Lang "Aku...