Kini Hanim sedar bahawa niat Fira adalah baik dan bukannya ingin menikamnya dari belakang. Hanim memeluknya erat dan air mata mula mengalir dari pipi Hanim membuatkan Fira turut menangis. Fira meminta maaf kerana bimbang Hanim akan membencinya, namun Hanim lebih lega apabila dia sendiri meminta maaf kepada Fira kerana bersangka buruk terhadapnya sejak dua menjak ini.
"Kau terimalah dia Fira. Aku percaya dia mesti seorang yang baik, sebab dia tak berhenti tackle kau sampai sekarang kan", Hanim memulakan bicara daripada keadaan sepi tadi.
"Hah, aku nak tunjuk kat kau hadiah yang Faris bagi aku tu. Aku tak bukak lagi. Jom balik", Fira mengajak Hanim pulang.
...
"Sekarang aku nak bukak dengan kau sebab aku lega kau dah okay", sambil itu Fira mengambil bungkusan hadiah itu dan diletakkan di atas katilnya.
"Hanim.. baju kebaya..."Fira mula menitiskan air matanya.
"Dia tahu ke?" Hanim menyoal. Fira hanya mengangguk dan masing-masing memahami maksud hadiah tersebut.
"Kau dah ready? Tapi kau cakap kau tak nak berubah sebab dia..."
"Ya, aku dah bersedia dan bukan sebab dia. Aku betul-betul ikhlas nak berubah. Kau tolong aku ya Hanim."
"Esok aku bawak kau pergi pejabat agama Islam. Kau pakailah baju kebaya tu", Hanim sudi membantu dan Fira bersyukur kerana mempunyai kawan sebaik Hanim.
...
Keesokan harinya...
"Wah, cantiklah kau!" puji Hanim. Fira tertunduk malu kerana sebelum ini dia memang tidak pernah memakai pakaian kaum Melayu dan ini adalah kali pertamanya.
Setelah beberapa ketika, akhirnya Daffira Baltina telah menukar namanya kepada Daffira Aisyah Binti Brecker Doultini. Hanim mengucapkan rasa syukur yang teramat sangat dan Faris juga tidak sabar hendak membawa Fira bertemu ibu bapanya.
'Nampaknya, Fira dah pun bahagia. Dengan pilihan hati pulak tu. Aku ni...hmm', Hanim masih lagi tidak dapat menerima kenyataan bahawa Afiq bukan lagi miliknya. Dia merasa bersalah terhadap Ammar kerana menerima lamaran Ammar tanpa berfikir panjang terlebih dahulu.
'Maafkan aku Ammar.'
YOU ARE READING
Abang Ke Adik???
Short Story"Hanim,awak buat apa tu? Chat dengan pakwe ke? - Afiq 'Kenapalah dia tak pernah tahu yang aku ni tak pernah ada pakwe.Aku simpan hati ni untuk kau sorang je.' - Isya "Bolehlah kita bincang pasal perkahwinan Hanim dengan Ammar." - Mak Lang "Aku...