"Ammar nak jumpa kau. Tapi, dia tak tahu kau kat mana. Jadi, dia mintak tolong aku cari kau. Nasib baiklah aku terserempak dengan kakak kau hari tu. So, aku pun mintak la alamat butik kau ni", Faris terus menjelaskan motif kehadirannya yang secara tiba-tiba itu.
"Macam manaa pulak dia boleh nak jumpa aku? Bukan ke dia yang lari dari aku, dari rumah dia sendiri. Kenapa masa aku nak cari dia, semua orang halang aku. Kenapa?! Dia benci aku ke? Apa yang kau bagitau dia??" Hanim sudah mula untuk hilang kawalan kemarahannya. Namun, Faris segera menenangkan Hanim kembali. "Sebenarnya Afiq yang suruh aku buat macam ni. Pada Afiq, sekiranya Ammar pergi, keadaan akan menjadi lebih dan Afiq akan mendapat keadilan yang sepatutnya", jelas Faris.
"Jadi, mana keadilan untuk Ammar? Ini sepatutnya tak berlaku. Ammar tak patut diperlakukan macam tu oleh Afiq, abang dia sendiri", Hanim terduduk sebaik sahaja mendengarkan kebenaran yang amat menyakitkan.
'Kalau betul Afiq cintakan aku, kenapa dia pilih untuk bersama Katrina? Kenapa jugak dia membohongi Ammar? Ammar takde kaitan dalam hal ni. Aku dah hilang kekassih, aku juga hilang teman yang paling yang pernah aku ada. Aku pasti akan pergi jumpa dengan kau Ammar. Aku pasti.'
Pesanan neslo ais dan mee goreng basah telah siap dihidangkan dan Hanim menikmatinya dengan begitu berselera sekali. Dia juga tidak sabar untuk bertemu dengan Ammar. Dia terlalu gembira sehinggakan dia tidak berhenti tersenyum walaupun dia sedang makan. Sambil itu, dia mengimbau kembali kenangan manisnya bersama dengan Ammar.
Di suatu sudut di gerai mamak itu, kelihatan satu susuk tubuh lelaki yang sedang memerhatikannya dengan penuh syahdu. Lelaki itu menghampiri Hanim dan duduk di kerusi yang bertentangan dan menghadap ke arah Hanim. Disebabkan oleh Hanim terlalu terkejut, dia hampir ingin menyemburkan makanannya ke arah lelaki itu. Ammar hanya tertawa kecil melihat gelagat Hanim itu.
"Ammar", ujar Hanim.
"Hanim", balas Ammar.
"Ammar."
"Hanim?"
"Ammar."
"Err.. Hanim, takkanlah kita nak borak macam ni sampai habis?" gelak Ammar.
"Hanim rindu Ammar. Kenapa Ammar tinggalkan Hanim? Dalam tiga tahun tu Ammar langsung tak jumpa Hanim. Hanim ingat Ammar dah lupakan Hanim", luah Hanim dengan nada yang halus tanpa dia sendiri menyedarinya. Ammar yang mendengar luahan itu terasa ianya begitu menusuk ke dalamnya kalbunya. 'Tolonglah faham Hanim. Aku suka kau tahu tak. Sebab tu aku tinggalkan kau. Aku tak sanggup tengok kau bahagia dengan abang aku sendiri', bicara hati Ammar.
"Aku ingat kau dah bahagia dengan Afiq. Aku malas nak kacau, sebab kalau aku ada kau akan terganggu sebab selalu gaduh dengan aku", Ammar cuba memujuk.
"Tak! Kau tipu aku, Ammar. Aku dah tahu segalanya", Ammar tersenta. "Aku tahu kau pergi sebab..." belum sempat Hanim menghabiskan bicaranya, Ammar memotong.
"Sebab aku tak sanggup tengok kau bahagia dengan Afiq. Aku suka kau, Hanim. Aku cintakan kau sejak dulu lagi. Tapi, dulu aku berfoya-foya dan kaki perempuan sebab aku nak sembunyikan perasaan aku ni. Aku pergi sebab Afiq cakap kau dah nak kahwin dengan dia. Dia kata aku tak layak untuk kau sebab aku jahat, selalu sakitkan hati kau. Faris pulak sokong kata-kata dia, jadi aku percaya yang kau benci pada aku. Tapi, semuanya terbongkar bla Faris datang cari aku kat Budapest untuk jelaskan segalanya sebab dia rasa bersalah tengok kau sedih, meratapi pemergian aku setelah Afiq tinggalkan kau. Aku baru tahu yang dia sebenarnya kahwin dengan Reena Katrina dan kau kecewa. Disebabkan dia tak dapat memiliki kau, jadi dia jugak takkan benarkan aku untuk mendekati kau. Dia yang sebenarnya tak layak untuk kau. Dia!"
Hanim mengalirkan air mata sebaik sahaja Ammar meraih tangannya dan melamar Hanim. Kini, barulah Hanim sedar siapa sebenarnya yang mencintainya dengan tulus dan ikhlas. Hanim terharu.
YOU ARE READING
Abang Ke Adik???
Cerita Pendek"Hanim,awak buat apa tu? Chat dengan pakwe ke? - Afiq 'Kenapalah dia tak pernah tahu yang aku ni tak pernah ada pakwe.Aku simpan hati ni untuk kau sorang je.' - Isya "Bolehlah kita bincang pasal perkahwinan Hanim dengan Ammar." - Mak Lang "Aku...