BAB 14 - KEMUNCULAN YANG TIDAK DIUNDANG

92 3 0
                                    

Hanim sedang mengemas fail-fail di pejabatnya yang telah diubahsuai reka bentuknya agar lebih selesa untuk didudukinya. Hanim kini mempunyai dua orang pekerja di butiknya, Adam dan Sheila. Mereka berdua sangat menghormati Hanim walaupun mereka berdua lebih berusia. Adam dan Sheila sangat rajin bekerja dan sangat mesra pelanggan, itulah satu-satunya sebab yang membuatkan Hanim berasa sungguh bangga dan beruntung kerana memiliki pekerja seperti mereka berdua.

'Ting...Ting...'

Pintu butik berbunyi menandakan ada pelanggan. Laju sahaja Sheila melayan pelanggannya sementara Adam menjaga kaunter. Sesekali Adam mengerling ke arah tingkap pejabat majikannya yang lutsinar. Dia sungguh kagum akan Hanim kerana telah berjaya dalam kerjaya walaupun masih di usia muda. Sejak dia bekerja di Syanim Boutique beberapa bulan yang lalu, layanan yang diterima daripada majikannya sungguh baik. Oleh sebab itulah Adam telah jatuh hati pada majikannya, tidak hairanlah kerana Adam memang seorang yang mudah jatuh hati pada orang.

"Ehem..Ehem..", terkejut Adam dibuatnya. Hilang terus lamunannya tadi. "Boleh saya berjumpa dengan boss awak?" tanya seorang lelaki yang sungguh kacak rupanya disertakan sekali dengan gaya pemakaian yang sangat memukau.

'Siapa lelaki ni? Mak aii...Hensemnya melebih-lebih daripada aku', gumam Adam.

"Erm..boleh tak saya nak jumpa dengan boss awak ni?" kali ini suara lelaki itu agak keras.

"Ada apa ye nak jumpa boss saya? Dia tengah sibuk sekarang", jawab Adam kepada lelaki tersebut. Namun, dia merasa tidak sedap hati dengan kehadiran lelaki tersebut untuk bertemu dengan majikannya.

"Saya ada hal penting nak jumpa boss awak. Saya ni kawan lama dia", terang lelaki itu.

"Ouh, kawan lama. Baiklah kalau begitu. Encik, sila tunggu sebentar", ujar Adam lalu mengarahkan Sheila untuk memaklumkan kepada majikannya mengenai kehadiran lelaki itu.

"Bos, ada orang nak jumpa bos. Katanya kawan lama dan ada hal penting yang ingin dibincangkan dengan bos", terang Sheila.

'Kawan lama? Hal penting? Sapa ye? Pelik jugak', Hanim bingung seketika.

"Takpelah, bagi dia masuk", arah Hanim.

Tok! Tok!

"Masuk!"

Pintu dikuak perlahan dan lelaki kacak tadi  itu pun melangkah masuk ke ruang pejabatnya yang serba indah itu. Lelaki itu memerhatikan Hanim yang sedang sibuk menyemak fail-fail yang dia sendiri tidak tahu apa isi kandungannya.

"Assalamualaikum", lelaki itu memberi salam dengan nada yang penuh kelembutan.

"Waalaikumsalam", Hanim tergamam sebaik sahaja dia mendongak untuk melihat gerangan orang yang berjumpa dengannya.

"Faris?! Apa kau buat kat sini?! Kau nak apa lagi?!" soal Hanim bertubi-tubi kerana dia kini sedang melihat orang yang dibenci muncul tanpa diundang.

"Sabar Hanim, sabar. Aku datang sini ada benda nak bincang dengan kau. Hal yang sangat penting."

"Hal penting apa lagi?! Sebab kaulah aku kehilangan Ammar. Sebab kau, tahu tak! Sebab kau!"

"Ya, aku tahu tu salah aku Hanim. Aku tahu. Tapi, perkara ni amat penting untuk dibincangkan. Tolonglah Hanim, bawak bertenang."

Setelah beberapa lama dipujuk oleh Faris, Hanim akhirnya bersetuju untuk bertenang seketika.

"Aku dah agak. Mesti ada yang tak kena dengan mamat tu. Aku nak tengok lah apa yang jadi kat dalam tu. Aku risau kat bos kita tu", luah Adam.

"Haish kau ni. Jangan sibuklah hal orang. Benda tu nampak macam privasi. Baik kau jangan kacau kalau betul kau sayang kat bos kita tu",ujar Sheila. Adam hanya mengangguk dan mengharapkan agar tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada majikan kesayangannya itu.

Abang Ke Adik???Where stories live. Discover now