"Argh!!!"
"Kenapa dengan kau ni, Ammar?" Faris bergegas menuju ke arah Ammar yang sedang cuba untuk melawan kesakitannya. "Kaki aku..Tolong, Faris...Tolong aku..." Ammar kelihatan semakin lemah dan tidak berdaya. Sebaik sahaja Faris menoleh ke arah kaki Ammar, Faris sungguh terkejut dan dengan segera menelefon ambulans.
...
Siren ambulans kedengaran dan sepanjang perjalanan mereka menuju ke hospital, Faris tidak henti-henti memberi semangat kepada Ammar. Wajah Ammar amat pucat seperti tiada setitik darah pun yang mengalir di wajahnya. "Bertahan, Ammar. Aku tahu kau kuat."
...
Ammar ditempatkan di wad ICU. Tidak lama kemudian, Fira muncul bersama Hanim diikuti dengan Afiq. Fira segera menuju ke arah suaminya yang masih terkejut dengan peristiwa tadi. Afiq kelihatan begitu resah. Perasaan gusarnya tidak pernah hilang sejak dua menjak ini, lebih-lebih lagi sejak Ammar mengalah dengannya demi Hanim. Apabila mengetahui Ammar ditimpa kemalangan, dia merasakan seperti menikam adiknya sendiri dari belakang.
Hanim yang sedar akan perlakuan Afiq, perlahan-lahan menuju ke arah Afiq untuk menenangkannya. Afiq terharu dengan tindakan Hanim yang sememangnya amat memahami dirinya dan juga Ammar.
"Faris, kenapa dengan Ammar sebenarnya? Teruk sangat ke keadaan Ammar sampai dia kena masuk ICU?" Hanim bertanya kepada Faris. Belum sempat Faris mengatakan apa-apa, Doktor Haliza keluar dari dalam wad ICU dan Faris terus menerpa ke arah Doktor Haliza.
"Haliza, macam mana dengan Ammar? Dia okay ke? Kaki dia macam mana?"
Hanim mula risau,'Kenapa dengan kaki Ammar?'
"Ammar dah mula menunjukkan tanda normal, degupan jantungnya juga sudah normal. Cuma, kepalanya cedera sikit tapi boleh sembuh dengan kadar yang segera. Malangnya, kakinya mengalami kecederaan yang amat serius. Boleh dikatakan tulang kakinya hampir hancur dan 80% peluang untuk menjadi lumpuh. Lumpuh itu mungkin seumur hidup", terang Doktor Haliza.
Hanim sudah mula menangis mendengarkan keadaan Ammar. Dia tidak menyangka keadaan ini akan berlaku. Dia tidak sanggup untuk kehilangan Ammar. "Doktor, tak ada cara lain ke untuk sembuhkan kaki Ammar? Takkan dia tak boleh pakai kaki palsu?" Hanim bertanya kepada Dotor Haliza. "Boleh, dia boleh pakai kaki palsu, tapi kakinya yang sedia ada perlulah dipotong. Hanya itu sahaja cara yang ada, Hanim. Maafkan saya. Faris, boleh aku tahu mana abang Ammar?"
Faris segera menunjuk ke arah Afiq.
"Saya mohon supaya awak menjaga Ammar sepanjang keberadaannya di hospital. Boleh kan", pinta Doktor Haliza kepada Afiq.
"Boleh, sudah tentu boleh."
'Along akan jaga Ammar sampai sembuh. Along nak tebus kesalahan along pada Ammar.'
YOU ARE READING
Abang Ke Adik???
Historia Corta"Hanim,awak buat apa tu? Chat dengan pakwe ke? - Afiq 'Kenapalah dia tak pernah tahu yang aku ni tak pernah ada pakwe.Aku simpan hati ni untuk kau sorang je.' - Isya "Bolehlah kita bincang pasal perkahwinan Hanim dengan Ammar." - Mak Lang "Aku...