BAB 4 - Terdetik Rasa

123 8 0
                                    

Sedang asyik Hanim membelek laman profilnya di Facebook, Hanim tersedar sesuatu yang membuatkan hatinya gusar. Dia sendiri tidak pasti mengapa beberapa hari ini dia malu apabila bertentang mata dengan Afiq. Di Facebook Hanim, Afiq tidak pernah terlepas daripada Like dan Comment di setiap status Hanim. Sedangkan apabila di rumah, Afiq jarang sekali menegur Hanim. Cuma Ammar saja yang sentiasa bergaduh dengan Hanim. Tetapi, Ammar tidak pernah pula berbuat demikian, kerana Hanim tidak pernah ingin menjadi rakan Facebook dengan Ammar. Mana tidaknya, sedangkan di rumah pun mereka bergaduh apatah lagi di laman sosial, boleh pecah skrin kalau asyik menaip dalam keadaan marah.

"Hanim, awak buat apa tu? Chat dengan pakwe ke?" tanya Afiq sebagai langkah permulaan untuk berbual dengan Hanim.

"Ish takdelah. Hanim mana ada pakwelah. Tak suka pun cintan-cintun ni. Gelilah", jawab Hanim.

Afiq cuma tergelak kecil membuatkan Hanim berasa dirinya diperkecilkan. Afiq dengan segera menghentikan tawa kecilnya apabila dia menyedari Hanim sedang memandangnya dengan pandangan yang sangat tajam.

"Hanim marah ke? Sorilah, Afiq takde niat pun nak kecilkan hati Hanim", ujar Afiq.

'Eh, mana dia tahu yang aku kecil hati dengan dia nih? Wahh, psiko..psiko..'

"Afiq cuma rasa pelik je sebab biasanya budak perempuan baya Hanim ni mesti dah ada pakwe kan, sebab tulah Afiq gelak, Afiq rasa lawak."

"So, Afiq nak kata yang Hanim ni tak laku lah ye?!" Hanim melampiaskan rasa tidak puas hatinya.

"Ehh, taklah.Hanim kan putih sebab Hanim suka makan tempe. Hahahah...Tapi elok jugak Hanim takde pakwe, boleh fokus dengan pelajaran, betul tak?" Afiq cuba memujuk Hanim. Hanim hanya mengangguk dan hatinya secara tiba-tiba mengembangkan berjuta bunga yang mekar di taman hatinya.

Hanim baru sahaja selesai mengemaskini profil Facebook dan memuat turun status terbarunya. Klik! Tidak sampai lima saat, telah ada seseorang yang memberikan Like dan Comment, 'Apa upload status jiwang-jiwang ni Hanim.' Hanim sudah dapat meneka insan yang terlalu sudi buat semua itu. 'Afiq ni takde kerja lain ke? Cepat betul Like status aku,siap Comment lagi. Nampak sangat dia stalk aku.' Tanpa dia sedar, satu senyuman terukir di bibir Hanim.

'Hanim..Hanim.. Suka betul upload status jiwang. Bila tanya ada pakwe ke tak, dia jawab takde. Pelik betul aku. Mak Andak dah bagi amanah suruh aku jaga Hanim. Bolehlah aku selidik sikit-sikit nanti.'

Afiq bermonolog di dalam hati. Dia sendiri tidak faham mengapa dia terlalu ingin mengetahui status sebenar Hanim, sama ada single ataupun taken. Takkanlah dia menyimpan perasaan terhadap Hanim? Hatinya segera menidakkan, kerana dia sudah menganggap Hanim sebagai adiknya sendiri. Ibu bapa Hanim juga sudah menganggap dia dan Ammar sebagai anak mereka sendiri. Jadi, tidak mungkinlah untuk Afiq menyukai Hanim.

Abang Ke Adik???Where stories live. Discover now