BAB 9 - MEMORI INDAH WAKTU REHAT

111 4 0
                                    


Kini, tibalah masanya untuk geng lima sekawan membuktikan kemampuan mereka setelah bertungkus-lumus mentelaah sepanjang tahun mereka bersekolah. Peperiksaan SPM tersebut akan berlangsung selama hampir satu bulan.

"Good luck gals!" ucap Isya kepada rakan-rakannya sebelum melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan. Debaran hatinya cukup kuat sehingga mampu untuk menghentikan nafasnya, tetapi Isya cukup bijak dalam menangani stres kerana pengalamannya sewaktu di Tingkatan 3; menghadapi peperiksaan PMR dan menjaga kakaknya, Irma yang menghidapi penyakit serius.

Selepas beberapa jam berlalu, peperiksaan bagi subjek pertama pada hari ini telah pun berakhir. Isya berasa lega kerana apa yang dipelajarinya selama ini dapat dimanfaatkan dengan baik sekali. Rakan-rakannya yang lain juga berjaya menjawabnya dengan baik. Permulaan yang bagus untuk menempuh cabaran yang seterusnya.

Dalam perjalanan mereka menuju ke kantin sekolah, Isya diajak oleh Ammar untuk makan bersamanya. Isya terus bersetuju dan memberikan pandangan isyarat kepada Rozi yang dia tidak akan makan bersama rakannya yang lain. Nasib baiklah rakan-rakannya itu tidak terasa hati terutama Rozi, yang amat memahami dirinya.

"Wah! Kau bawak spagheti bolognese. Kegemaran aku", Isya menelan air liurnya sebaik sahaja Ammar mengeluarkan bekas makanannya dari dalam beg kertas yang dibawanya tadi. Mereka mengambil tempat di kawasan taman landskap sekolah yang kebiasaannya agak sunyi. Tetapi, tidaklah sehingga menimbulkan syak wasangka kerana kawasan itu agak terdedah cuma jarang dikunjungi oleh murid-murid lain. "Aku bawak ni pun sebab aku tau kau suka. Alang-alang ummi masak untuk breakfast pagi tadi, aku pun bawaklah sikit untuk kau", Ammar memberitahu dengan nada yang agak romantik. Serta-merta peristiwa cuti penggal satu itu lenyap dari mindanya.

"Hanim... Hanim..." Gadis itu masih termenung, cuba untuk mengingati memori indah ini.

"Isya Hanim Binti Dato' Zaini!" sergah Ammar yang semakin geli hati melihat tingkah Hanim itu.

"Hah?! Apa dia, Ammar? Kenapa?" Hanim kalut apabila disergah oleh Ammar sebentar tadi. Serta-merta lamunannya terhenti.

"Takde ape. Aku nak kau makan cepat spagheti tu, nanti lalat hinggap, rosak pulak makanan ni. Dahlah aku bungkus makanan ni dengan penuh kasih sayang. Jangan sia-siakan."

"Yelah, aku nak makanlah ni", merah padam wajahnya kerana dia tahu Ammar sedar yang dia diperhatikan oleh Hanim yang terpegun dengan sikapnya yang sangat berbeza pada hari itu. Sudah sekian lama, Hanim tidak bermesra dengan Ammar. Oleh disebabkan itu, dia sebolehnya mahukan layanan Ammar kepadanya sentiasa begini, ramah dan ceria.

Ammar bertanyakan tentang peperiksaannya dan memberikan tips yang boleh dikatakan berguna kepada Hanim. Waktu rehat ini tidak mempunyai sedikitpun ruang untuk cengkerik mencelah mengisi kesunyian kerana mereka sudah lama tidak berbual dengan begitu riang. Tetappi sayangnya, waktu mereka terbatas dek kekangan masa di sekolah dan Hanim maih lagi mempunyai peperiksaan selepas ini. Mereka mengakhiri perbualan mereka dan masing-masing melemparkan senyuman yang cukup bahagia sebelum bergerak menuju ke destinasi masing-masing. 

Abang Ke Adik???Where stories live. Discover now