BAB 5 - Debaran Form 5

114 7 0
                                    


Kini, tibalah tahun yang paling mendebarkan bagi lima sekawan ini; Isya, Rozi, Aula, Mia dan Athi. Mereka bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan SPM yang bakal berlangsung pada hujung bulan November ini.

Isya tidak lagi tinggal di asrama kerana dia lebih selesa meluangkan masa lapangnya bersama-sama ahli keluarganya di rumah.

"Assalamualaikum, Isya!" jerit Athi berulang kali. "Waalaikumsalam. Kau boleh je kan panggil elok-elok. Yang nak jerit tu kenapa? Macamlah rumah aku jauh beribu batu", marah Isya kerana bimbang jeritan Athi tadi mengganggu ketenteraman awam di situ.

"Kau nak apa datang ramai-ramai ni?" tanya Isya.

"Aku nak ajak kau study rumah aku, pastu tidur rumah aku malam ni. Esok kan cuti, jomlah", ajak Aula.

"Hmm..kejap ea aku tanya ummi aku dulu", Isya pun masuk ke dalam rumah untuk bertanyakan pada umminya sama ada dia dibenarkan atau tidak untuk bermalam di rumah rakannya, Aula. Seketika kemudian, Isya keluar dengan wajah yang penuh keterujaan. Isya pun berjalan menuju ke arah rakan-rakannya. Aula yang turut teruja melihat keterujaan Isya terus bertanya,"Isya, ummi kau bagi ea kau tidur rumah aku?" Isya hanya tersenyum dan rakan-rakanya yang lain seperti sudah tahu akan jawapan Isya.

"Tak.'

"Hah!!" Semua rakan-rakannya terkejut mendengar jawapan Isya. Lain yang diharapkan, lain pula yang jadi.

"Tapi,ummi aku izinkan kalau korang semua tidur di rumah aku", kali ini senyuman Isya adalah senyuman yang ikhlas. Bukan lagi wajah yang penuh pendustaan seperti tadi.

"Kau ni kan Isya, mati-mati aku ingat ummi kau izinkan, rupa-rupanya kau berlakon je ya", kata Aula diikuti dengan ketawa besar.

"Memanglah ummi izinkan, tapi belum sempat aku nak happy, ayah aku pulak menyampuk, tak bagi aku pergi. Katanya, risaukan aku takut jadi apa-apa", terang Isya.

"Ohh..takpelah kitorang faham. Mungkin dalam pukul empat petang nanti kitorang datang rumah kau ya. Hujung minggu ni, kita enjoy rumah Isya!" Mia sangat teruja. Keterujaan Mia ada maksud yang tersembunyi dan tiada siapa yang tahu apakah ia.

Hujung minggu tersebut berlalu dengan pantas dan bagi Mia, ianya sangat panjang dan merugikan. Mia ingin bertemu dengan sepupu Isya, tetapi hajatnya itu tudak kesampaian kerana sepupu Isya dan keluarganya pergi ke Kota Bharu dan bermalam di sana.

Kasihan Mia, tiada siapa yang tahu bahawa Mia sebenarnya sangat menyukai sepupu Isya.

Abang Ke Adik???Where stories live. Discover now