Ammar tergesa-gesa ke rumah Wan untuk berjumpa dengan umminya dan Mak Andak. Ammar kelihatan begitu selekeh kerana dia baru sahaja pulang dari bengkelnya dan tanpa menukar pakaian, dia terus menerpa ke arah umminya dan Mak Andak yang sedang asyik berbual.
"Ummi, Mak Andak, Ammar ada benda nak bincang", ujar Ammar tercungap-cungap.
"Bertenang dulu, Ammar. Tarik nafas dulu. Nah, minum air", umminya menghulurkan segelas air kosong, lalu diteguk Ammar sehingga habis.
Setelah itu, Ammar memulakan perbincangan itu dan kedua-dua wanita itu mendengar dengan tekun dan teliti. Sekali-sekali kelihatan kedutan-kedutan di wajah umminya dan Mak Andak.
"Kamu betul ke ni, Ammar. Kamu dah fikir masak-masak?"tanya ummi. Mak Andak hanya diam kerana dia mengerti maksud Ammar.
"Ummi tak nak apa-apa yang tak diingini berlaku nanti. Ini arah tuju hidup kamu. Yang penting, kedua-dua pihak bahagia", ujar ummi.
"Siapa lagi yang tahu pasal benda ni?" tanya Mak Andak.
"Tak ada. Ummi dengan Mak Andak je yang tahu", kata Ammar.
"Afiq?" Mak Andak bertanya lagi untuk kepastian.
"Belum", jawab Ammar ringkas.
"Maafkan Ammar, Mak Andak", Mak Andak hanya mengangguk memahami.
...
"Mak awak baiklah Faris. Saya tak pernah merasai kasih sayang seorang ibu yang sebenar. Ummi Hanim hanya mampu menjadi pengubat rindu saya tapi mak awak akan menjadi mak saya juga kan. And ayah awak pulak terima saya sebab awak dah suka, saya rasa kelakarlah", kata Fira. "Memanglah. Yang nak kawin dengan awak, saya, bukan ayah saya. Sebab tu dia dah tak kisah. Lagipun saya anak tunggal, laglah mereka suka", terang Faris.
"Saya harap Hanim dapat temui kebahagiaan yang dia cari selama ni", Fira meluahkan rasa simpatinya terhadap Hanim kepada bakal suaminya itu.
"Ya, saya pun harap macam tu."
'Kau akan dapat cinta sebenar kau, Hanim. Jangan bimbang. Aku sentiasa menyokong kau.'
YOU ARE READING
Abang Ke Adik???
Short Story"Hanim,awak buat apa tu? Chat dengan pakwe ke? - Afiq 'Kenapalah dia tak pernah tahu yang aku ni tak pernah ada pakwe.Aku simpan hati ni untuk kau sorang je.' - Isya "Bolehlah kita bincang pasal perkahwinan Hanim dengan Ammar." - Mak Lang "Aku...