Air mata Hanim mengalir dengan deras, teresak-esak Hanim mendengarkan kenyataan yang baru saja didengarnya. Dia sungguh tidak menyangka bahawa Ammar sanggup menggadaikan cinta malah nyawanya juga demi kebahagiaan Hanim. Entah kali ke berapa Ammar telah mengalah dengan Afiq untuk dirinya. Hanim terasa dirinya telahpun mendustai Ammar kerana masih menyimpan perasaan terhadap Afiq, dan dia juga mencurigai Ammar sewaktu ingin pergi memilih pakaian perkahwinannya. Hanim tidak menduga Afiq akan terima cadangan Ammar. Dia merasakan Afiq seorang yang pentingkan diri. Dia tidak mahu terluka untuk kedua kalinya.
"Ummi, Hanim nak pergi lawat Ammar. Hanim nak minta maaf dengan Ammar", Hanim memberitahu ummi.
"Pergilah. Kirimkan salam ummi pada Ammar ye."
...
Hanim sudahpun berada di hadapan pintu wad. Dia berasa tidak sedap hati untuk membuka pintu wad tersebut. Baru sahaja dia ingin memegang tombol pintu, pintu wad dibuka dari dalam.
'Afiq', Hanim tersentak.
"Ahh, Hanim", Afiq segera menoleh kembali ke katil Ammar dan Ammar masih tidur. Afiq dengan segera keluar dan menarik tangan Hanim agak jauh dari wad Ammar.
"Ish, kenapa tarik tangan Hanim ni. Sakitlah", Hanim segera menyentap tangannya, marah dengan tindakan Afiq.
"Hanim nak jumpa Ammar, jangan ganggu", Hanim berjalan ke arah wad Ammar.
"Jangan, Hanim", langkah Hanim terhenti dan menoleh semula ke arah Afiq. Dia mula muak dengan perangai Afiq. "Kenapa tak boleh? Jealous ke?!" suara Hanim agak meninggi. Afiq mula terasa hati dengan perbuatan Hanim, tapi dia tahu itu salahnya sendiri, namun dia terpaksa mengatakannya.
"Ammar bencikan Hanim. Dia tak nak jumpa dengan Hanim. Jangan jumpa dia."
"Kenapa pulak macam tu? Ammar takkan buat macam tulah dekat Hanim. Hanim baru sedar yang Ammar tak macam Afiq. Penipu!"
Afiq amat sentap dengan kata-kata Hanim meskipun ia benar. Tapi, dia tak mahu Ammar memarahinya lagi.
"Jangan Hanim. Tolonglah Hanim. Dengar cakap Afiq!" Afiq menarik tangan Hanim. Dia tidak berniat untuk meninggikan suara terhadap Hanim. Afiq sayangkan Hanim, tapi dia tiada pilihan.
"Afiq marah Hanim? Afiq marah Hanim jumpa bakal suami Hanim sendiri? Teruk! Afiq teruk!" Hanim sempat memerli Afiq walaupun dalam hatinya, dia terguris kerana tidak pernah sekalipun Afiq meninggikan suara terhadapnya.
"Hanim nak jumpa Ammar. Hanim tak kira. Dia bakal suami Hanim, jadi Hanim kena lawat dia. Hanim sayang Ammar. Tak ada siapa pun yang boleh halang Hanim. Hanim cintakan Ammar! Jangan kacau!"
Hanim menarik tangannya dari genggaman Afiq dan terus menuju ke arah wad Ammar. Afiq hanya memerhati. Dia juga tidak sanggup melukakan Hanim sekali lagi.
YOU ARE READING
Abang Ke Adik???
Cerita Pendek"Hanim,awak buat apa tu? Chat dengan pakwe ke? - Afiq 'Kenapalah dia tak pernah tahu yang aku ni tak pernah ada pakwe.Aku simpan hati ni untuk kau sorang je.' - Isya "Bolehlah kita bincang pasal perkahwinan Hanim dengan Ammar." - Mak Lang "Aku...