BAB 2- KELIRU

187 9 0
                                    

"Ayah Lang,berhenti jelah kat tepi sini.Hanim nak turun kat sini",pinta Hanim sewaktu mereka hampir tiba ke sekolah.Ammar hanya memandang tanpa kata.Ayah Lang yang terkejut dengan permintaan Hanim itu terus bertanya,"Kenapanya ni,Hanim? Pintu pagar sekolah dekat depan tu je ha.Dekat dah.Ayah Lang hantar jelah sampai pintu pagar ya sekali dengan Ammar."

"Ehh takpe Ayah Lang.Hanim nak turun kat sini.Boleh ya Ayah Lang? Lepas ni pun,Hanim nak turun kat sini je",Hanim berdegil.

"Hmm yelah Hanim", Ayah Lang yang masih bingung dengan permintaan Hanim hanya bersetuju tanpa meminta penjelasan daripada Hanim.Ayah Lang mula berasa tidak sedap hati dengan perlakuan Hanim sejak dua menjak ini.

Selepas menurunkan Hanim di laluan pejalan kaki berhampiran sekolah,Ayah Lang meneruskan perjalanannya untuk menghantar Ammar sehingga ke pintu pagar sekolah.Ayah Lang semakin pelik apabila Ammar hanya turun dari kereta seperti tiada apa yang berlaku sebentar tadi."Kamu bergaduh dengan Hanim ke,Ammar? Sampai Hanim tak nak turun kat pagar sekolah dengan kamu",tanya Ayah Lang meluahkan keraguannya."Taklah ayah,tak gaduh pun.Hanim kan pelik.Entah,biar jelah dia tu",jelas Ammar."Macam-macamlah kamu berdua ni.Hmm",kata ayahnya yang masih berasa sangsi dengan jawapan anaknya itu."Oklah,ayah nak ke tempat ke tempat kerja ni.Belajarlah elok-elok.Tengokkan sama si Hanim tu ya."

"Ya ayah",balas Ammar sambil bersalam dengan Ayah Lang sebelum bergerak menuju ke kelasnya.

"Oii,Isya.Apasal kau monyok je pagi ni? Senyumlah sikit",tegur Rozi,rakan satu dorm Isya.Tapi,sejak dua tiga minggu yang lalu,Isya tidak duduk di asrama buat sementara waktu dan berulang-alik ke sekolah,kerana kakak Isya mengalami sejenis penyakit yang amat merisaukan hati Isya.Doktor pun masih belum mengenalpasti penyakit yang dialami oleh kakaknya.Oleh kerana Isya merupakan insan yang paling rapat dengan kakaknya,Irma,maka dia sering pergi ke hospital untuk menjaga Irma.
"Weyh,kenapa kau masuk sekolah tadi sorang je? Mana perginya kembar kau tu? Siapa eak nama dia? Aku tak ingatlah",Rozi memulakan pagi Isya dengan 1001 pertanyaan yang tak mungkin boleh dia jawab."Entahlah Rozi",hanya itu saja jawapan yang boleh diberikan buat masa sekarang.

Loceng pun berbunyi menandakan waktu rehat telahpun bermula.Hari ini Isya tidak ke kantin kerana kakinya terasa malas untuk melangkah turun dari bangunan kelasnya.Rozi dan rakan-rakannya juga turut melepak di dalam kelas pada waktu rehat tersebut.Ada sepasang mata sedang memerhatikan gelagat Isya dengan rakannya.Rozi mula menyedari kehadiran budak lelaki tersebut lantas bertanya kepada Isya,"Weyh Isya,tu ke Ammar? Budak form 1 kan?" Isya dengan pantas berpaling ke arah budak lelaki yang dimaksudkan oleh Rozi."Haah,kenapanya dengan dia?" Isya menyoal kembali."Hmm,takde apalah.Tadi aku nampak dia tenung kau.Pelik jugak aku.Takkan dia ada hati kat kau kot",terang Rozi."Hisy,takdelah.Tak mungkinlah dia nak suka aku ni.Aku ni dahlah jenis yang suka buat bising.Kau nilah,tak logik langsung",kata Isya yang cuba menyembunyikan perasaan malunya apabila mengetahui yang Ammar sedang merenungnya.

'Apasal lah budak ni tenung aku.Pelik sangat ke aku ni kat mata dia? Nak kata dia suka kat aku memang tak mungkinlah,sebab....Ish,tak mungkinlah.'

Abang Ke Adik???Where stories live. Discover now