Masa dirasakan begitu cepat berlalu.Hanim sudah pun lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR. Dia telah berjaya menempatkan dirinya di kelas aliran Sains Tulen. Saat inilah yang dinanti-nantikan oleh Hanim. Dia tidak sabar ingin memberitahu Irma yang dia telah lulus dengan cemerlang. Hanim tahu yang Irma pasti bangga dengan pencapaiannya.
"Kakak,adik dah balik ni! Kakak kat mana?" Hanim begitu teruja sehinggakan dia terpijak bola kecil mainan adiknya,Adra.
"Aduhh sakitnya!"
"Hahah..Adik ni kenapa ha? Excited pun janganlah sampai tak sedar bola kat depan mata. Apalah adik ni", tegur Irma yang terkejut melihat Hanim jatuh tersembam di ruang tamu. Nasib baiklah lantai rumah mereka dialas karpet lembut,kalau tidak,mahunya patah hidung si Hanim. "Sudahlah hidungnya tak berapa nak mancung,kalau patah,langsung hilang hidung tu", gelak Irma."Ish kakak ni. Adik excited pun bukan sebab apa.Adik nak cakap yang adik dapat kelas Sains! Seronoknya!"
"Yeke, hebatnya adik kakak ni. Bagus tu,belajar elok-elok tau. Jangan hampakan ummi,ayah dengan kakak tau. Tunjukkan contoh yang baik dekat Adra tu,manalah tahu satu hari nanti dia nak jadi macam adik", pesan Irma kepada Hanim.
Irma sangat bersyukur kepada Tuhan kerana dia telah beransur sembuh daripada penyakit SLE yang dialaminya. Doktor telah berjaya mengesahkan penyakitnya sewaktu dia menjalani rawatan kemoterapi tujuh bulan yang lalu,dan doktor telah memberikan pelbagai jenis ubat untuk mengurangkan kesakitan yang dialami oleh Irma. Walaupun Irma berasa perit untuk menelan setiap ubat yang perlu diambil, Irma menguatkan semangatnya untuk terus melawan penyakitnya, kerana dia tahu ayah dan umminya sudah bersusah payah membiayai kos rawatan perubatannya.
Setiap kali hujung minggu, Hanim pasti akan ke rumah neneknya, Wan. Di rumah Wan lah,dia bersantai,merehatkan dirinya yang sesak dengan bebanan kerja sekolah yang menimbun-nimbun.
"Malasnyalah hari ni. Nak buat apa ea?" Hanim menggeliat di atas sofa. Sekilas itu juga dia ternampak kelibat Ammar dan sepantas itu juga dia meminta powerbank daripada Ammar kerana dia baru sedar bateri di telefon bimbitnya cuma tinggal nyawa-nyawa ikan saja.
"Ammar,pinjam powerbank. Bateri phone aku tinggal sikit dah ni", minta Hanim tanpa memandang ke arah Ammar.
"Nah,ambik ni", Ammar mencampakkan powerbanknya di sebelah Hanim.Hanim dengan pantas menyambung wayar USB ke powerbank.
"Ish, mahal ni. Tak elok campak nanti cepat rosak."
"Haa tahu pun. Kau jaga powerbank tu elok-elok. Itulah satu-satunya harta aku dunia akhirat."
"Eleh,berialah kau. Bukannya aku nak bawak pergi berperang, nak cas phone aku je. Apalah.""Wah! Ramainya awek dalam phone kau tu,Ammar. Pandai dah ye kau sekarang. Kau nak jadi playboy ke?" Tegur Hanim ketika dia melihat Ammar sangat khusyuk dengan telefon bimbitnya. "Haa,tengoklah rupa aku ni. Hensem kan. Sebab tulah ramai yang nak kat aku. Daripada kau,macam makcik je aku tengok", Ammar tergelak melihat wajah Hanim yang serta-merta menjadi masam. "Kurang ajar kau,Ammar. Kau ingat kau tu hensem sangat?! Dengan hidungnya besar macam serombong kapal, ada hati nak stylo macam korea. Tak padan langsung", kini wajah Ammar pula bertukar masam.
"Hmm...Nak layan siapa pulak ye? Ramainya yang tunggu nak date dengan aku. At least aku ada ketinggian lelaki korea yang comel,tak macam kau,pendek. Dan,semua perempuan nak kat aku,kau pulak,takde siapa pun yang nak kat kau", kata Ammar dengan nada sinis yang cukup menyakitkan hati Hanim.
Hanim tidak mampu untuk membalas kata-kata pedas dari Ammar dan terus keluar menuju ke beranda untuk melepaskan tekanannya. Dia tidak menangis tetapi dia menyumpah seranah Ammar sehinggalah dia puas.
![](https://img.wattpad.com/cover/83501058-288-k215865.jpg)
YOU ARE READING
Abang Ke Adik???
Short Story"Hanim,awak buat apa tu? Chat dengan pakwe ke? - Afiq 'Kenapalah dia tak pernah tahu yang aku ni tak pernah ada pakwe.Aku simpan hati ni untuk kau sorang je.' - Isya "Bolehlah kita bincang pasal perkahwinan Hanim dengan Ammar." - Mak Lang "Aku...