"Daffira Baltina is my name. Brecker Doultini is my dad and my mom, Sufi Harisha. My dad is a France guy transfered to Malaysia because of his work as a property officer. He is the one who established the Baltina Property Holdings. Daddy aku tubuhkan sempena nama aku yang waktu tu aku masih dalam perut mommy aku. Daddy aku kawin dengan mommy aku masa dia dah setahun kerja kat Malaysia. Bila aku lahir, mommy aku meninggal sebab darah mengalir terlalu banyak dan tidak dapat diselamatkan, dan aku pula kritikal. Selepas aku beransur pulih, daddy aku bawak aku balik Perancis dan membesar di sana. Bila aku dah berumur 15 tahun, daddy aku bawak aku ke Malaysia sebab dia nak sambung bisnes hartanah ni sebab loyal worker dia dah nak bersara." Terlopong mulut Hanim mendengar cerita Fira.
"Kau tak terasa ke waktu aku suruh kau solat sebelum ni? Aku minta maaf, aku tak tahu. Sebab kau nampak macam..."
"Macam orang Melayu sebab nama macam Melayu", Fira ketawa kecil. Belum sempat Hanim menghabiskan ayatnya Fira sudah memotong percakapannya.
"Aku suruh orang panggil aku Fira, sebab aku nak jadi biasa macam orang Melayu. Aku tak suka berlagak ala-ala Perancis sebab aku pun lahir kat Malaysia, bukan kat Perancis", masing-masing ketawa kecil. Hanim akhirnya mengerti segalanya tentang Fira.
...
Faris juga sudah tahu segalanya tentang Fira apabila dia bertanya Fira secara berhadapan. Fira terkejut kerana Faris lelaki pertama yang ingin mengambil tahu tentang dirinya dengan serius dan tidak berhenti mengejar cintanya sepanjang tiga tahun di UM.
"Saya boleh terima awak Fira", ujar Faris membuatkan Fira kelu.
"Saya tak minta awak terima saya. Saya beritahu semua ni sebab awak nak tahu."
"Ye, saya nak tahu sebab barulah senang saya nak ngorat awak." Fira pelik.
Kemudian, Faris menghulurkan bungkusan hadiah yang sangat comel kepada Fira. "Jangan buka depan sesiapapun, even best friend awak." Fira rasa bersalah terhadap Hanim kerana dia jatuh cinta dengan orang yang bersubahat untuk melukakan Hanim.
"Sebelum saya terima awak, saya nak awak temukan semula Ammar dengan Hanim. Dia dah kecewa sangat dengan Afiq, jadi saya nak dia bahagia semula dengan Ammar. Dia separuh jiwa sakit taw sebab benda ni", Fira memberikan syarat. Dia juga ingin teman baiknya bahagia.
"Macam mana awak tahu ni?"
"Saya tahulah. Awak nak saya terima awak tak?" Fira menyoal.
"Ya, saya akan buat. Saya janji pada awak", Faris bersetuju. Baginya, untuk mendapatkan cinta Fira adalah jauh lebih sukar berbanding dengan permintaan Fira itu.
"Pasal hadiah saya tu, awak buka bila awak dah cukup bersedia", ujar Faris.
Fira mengangguk kerana dia sememangnya masih belum bersedia, dan dia seperti memahami maksud Faris itu.
YOU ARE READING
Abang Ke Adik???
Short Story"Hanim,awak buat apa tu? Chat dengan pakwe ke? - Afiq 'Kenapalah dia tak pernah tahu yang aku ni tak pernah ada pakwe.Aku simpan hati ni untuk kau sorang je.' - Isya "Bolehlah kita bincang pasal perkahwinan Hanim dengan Ammar." - Mak Lang "Aku...