BAB 30 - TERIMA KASIH, CINTA!

88 3 0
                                    

"Ammar, awak lapar ke?" tanya Hanim, ramah.
"Kenapa kau datang? Aku tak suruh pun", ujar Ammar. Dia sebenarnya malu apabila Hanim melihatnya dalam keadaan yang tidak bermaya.
"Kau tak payah lah nak buat macam tu, Ammar. Aku tahu apa dalam hati kau tu. Aku kenal kau dah lama. Tolonglah jangan sakitkan hati aku lagi."

"Aku malu dengan kau, Hanim. Aku malu, sebab kau datang untuk tengok aku dalam keadaan tak berdaya. Aku akan menyusahkan kau."

"Sudahlah Ammar. Jangan fikir macam tu boleh tak? Aku datang lawat kau sebab..aku sayang kau. Aku rindu kau."

Ammar masih membisu, menghayati setiap bicara, Hanim.

"Kau bakal suami aku. Aku bakal isteri kau. Tak salah kan kalau aku yang jaga kau, bukan Afiq."

Ammar hanya mengiyakan di dalam hati.

"Aku dah tahu semuanya. Aku tak nak dia, Ammar. Aku nak kau. Aku dah mula sayangkan kau. Even aku rindukan dia, tapi itu cerita lama. Aku percaya kita berdua akan bahagia. Aku cintakan kau, Ammar."

Ammar memandang wajah Hanim dengan penuh keikhlasan. Hatinya bahagia mendengar kenyataan Hanim. Kini, dia tahu Hanim sudah bersedia untuk menerimanya.

"Adik lapar..Ehh silap..Hubby laparlah sayang", Ammar berseloroh. Hanim tergelak kecil kerana akhirnya Ammar juga menerimanya kembali.

"Aku..Ehh silap jugak..sayang ambil kerusi roda kejap ye. Kita sama-sama makan kat kafe ye", Hanim turut bergurau.

Afiq juga sudah menerima hakikat bahawa Hanim bukanlah miliknya. Dia turut gembira melihat Ammar dan Hanim kini bahagia. Afiq sendiri tidak menyangka bahawa dia sanggup mengintip adiknya sendiri di hospital. Afiq tersenyum sendiri.

...

"Abang, Doktor Haliza ada call ayang tadi. Katanya, Ammar dah makin sembuh", ujar Datin Raila kepada suaminya, Tengku Razak. Hanya Doktor Haliza yang dapat membantu mereka mengenai perkembangan Ammar di hospital kerana mereka berdua masih lagi berada di New Zealand.
"Alhamdulillah..minggu depan kita balik ya", ujar Tengku Razak.

Ummi dan ayah Hanim tidak dapat melawat Ammar kerana sibuk dengan cawangan tekstil mereka. Petang itu, ummi sudahpun memberitahu Hanim yang dia akan melawat pada hari esok. 

Ummi dan Mak Lang juga sudah membuat keputusan untuk menunda tarikh perkahwinan Hanim dan Ammar sehinggalah Ammar sembuh sepenuhnya. Semua ini adalah permintaan Ammar kerana dia tidak mahu kelihatan cacat pada hari istimewanya.

Abang Ke Adik???Where stories live. Discover now